Sabtu, 23 Februari 2013

KRITIKAN DEMI KRITIKAN DALAM PAKATAN

Ahli JawatanKuasa DAP Kedah telah mengeluarkan kritikan secara terbuka terhadap PKR dengan mengatakan bahawa parti itu perlu bertanding 75 kerusi bagi membolehkan parti tersebut menjadi tulang belakang kepada pakatan pembangkang sekiranya memenangi pilihanraya akan datang.

S.Neelamekan berkata bahawa DAP mampu untuk membawa kemenangan kepada pakatan pembangkang.

Bagi Sangkakala, permintaan S.Neelamekan itu tidak lebih daripada cuba untuk memberikan lebih kemenangan kepada bukan Melayu memandangkan PKR juga akan meletakkan calon pilihanraya dari kalangan bukan Melayu dan jika dicampurkan dengan calon dari DAP maka majoriti kemenangan adalah milik mereka.

Ini sama juga dengan kejadian yang berlaku di Perak selama 11 bulan selepas pilihanraya umum ke 12 yang lalu.

Apabila kerusi Melayu dikecilkan maka suara untuk menentang akan menjadi kurang sekiranya ada permintaan dari wakil rakyat bukan Melayu dan jika kejadian ini berlaku maka suara orang Melayu akn tenggelam dan membolehkan orang bukan Melayu melakukan apa sahaja.

Berbeza dengan UMNO didalam Barisan Nasional, kerusi yang dipertandingkan untuk orang Melayu adalah lebih dari bukan Melayu dan ini membolehkan setiap keputusan dibuat demi kepentingan orang Melayu disampin menjaga sama kepentingan orang bukan Melayu.

Dan dengan berlakunya situasi tersebut, maka semua kaum dan bangsa di Malaysia mendapat hak yang sama rata walaupun sedikit kelebihan diberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: