Rabu, 27 Februari 2013

AKTIVIS OKU SEPATUTNYA DAH SEDAR LAMA

Aktivis Orang Kelainan Upaya sepatutnya sudah lama sedar bahawa kebajikan mereka tidak mampu diberikan oleh pakatan pembangkang.

Jika semasa zaman kebangkitan Keadilan dahulu, semasa zaman himpunan reformasi yang dijalankan oleh PKR dr Chandra Muzaffar juga terlibat sama.

Akhirnya beliau meninggalkan parti tersebut kerana beliau merasakan bahawa perjuangan parti Keadilan hanyalah untuk membalas dendam dan bukannya seperti yang dinyatakan iaitu membela rakyat tertamanya OKU.

Berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional yang selama ini memberikan segala bentuk bantuan untuk golongan kelainan upaya seperti bantuan sara hidup oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, mengadakan kursus kursus untuk golongan tersebut bagi menambah ilmu pengetahuan dan seterusnya memberikan bimbingan dalam bidang perniagaan.

Sudah ramai dikalangan orang kelainan upaya ini mendapat suntikan modal dan pengetahuan dari pihak kerajaan dalam usaha membantu mereka untuk meneruskan hidup masing masing mengikut keupayaan.

Namun segalanya terbukti didalam menifesto pakatan pembangkang yang hanya melafazkan janji dalam bentuk menifesto (yang tidak semestinya di tunaikan) mengikut kata pakatan pembangkang.

Tiada kebajikan secara menyeluruh untuk orang kelainan upaya jadi dimana kedudukan mereka ini nanti?

Adakah setelah pakatan pembangkang memerintah (sekiranya menang) mereka ini akan turun ke jalan raya untuk meminta minta bantuan atau sumbangan dari orang ramai.

Sangkakala pernah bertemu dengan seorang pemuda (buta) yang membuka khidmat urutan badan di sebuah kompleks perniagaan di ibu kota, beliau mengakui bahawa segala kepandaian beliau dalam bidang urutan adalah hasil dari inisiatif kerajaan yang menghantar beliau untuk mengikuti kursus berkenaan di negara China hinggalah beliau diberikan modal permulaan dan kini beliau mempunyai 2 pusat urutan badan serta mampu menggajikan hampir 20 orang orang buta untuk bekerja dibawah pusat urutan beliau.

Ini adalah satu kebajikan yang Sangkakala rasa amat bermakna daripada sebuah kerajaan yang mana pemuda tadi telah diberi peluang untuk berkhidmat disamping menjana pendapatan dan seterusnya memberikan peluang pekerjaan kepada orang lain.

Jika mengikut kata aktivis OKU Mohd Rosli Ibrahim, kekecewaan itu antaranya kerana kebajikan OKU tidak terdapat didalam menifesto pembangkang, ianya memang sudah diduga dan sudah pastinya jika ada sekalipun, ianya tidak akan ditunaikan kerana menifesto menurut pembangkang bukanlah satu janji.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: