Khamis, 21 Februari 2013

KEYAKINAN ANWAR UNTUK MENUTUP RISAU

Anwar Ibrahim terlalu yakin nampaknya bahawa pakatan pembangkang akan memenangi undian dalam pilihanraya akan datang, tapi kenapa beliau begitu yakin?

Mneurut apa yang dikatakan oleh beliau didalam portal Malaysiakini hari ini, beliau mengatakan bahawa peralihan kuasa berjalan lancar, dan beliau mengambil pendekatan dengan kerjasama yang diberikan oleh anggota Polis dalam beberapa porgram yang dianjurkan oleh pakatan pembangkang.

Mudah sungguh Anwar buat andaian, hanya dengan kerjasama pihak polis maka mereka akan menjadi kerajaan, tapi adakah beliau sedar bahawa majoriti anggota polis adalah Melayu Islam dan mereka ini juga sebenarnya pantang apabila ada orang yang cuba merosakkan agama Islam itu sendiri?

Mungkin yang itu Anwar tidak sedar dan merasa selesa, ataupun kekalahan kepada pembangkang telah dilihat oleh Anwar dan dengan mengeluarkan kenyataan yang berbentuk keyakinan hanya untuk memberi semangat kepada para pengikut pakatan pembangkang.

Apa yang terjadi sebenarnya ialah, ramai dikalangan pengikut mereka ini sudah mula sedar dengan sikap rakus Anwar untuk menjadi Perdana Menteri dan beliau telah menunjukkan akan melakukan apa sahaja demi mencapai cita cita tersebut.


Tiada ulasan: