Rabu, 20 Februari 2013

CHUA JUI MING MENYESAL KELUAR MCA

Bekas menteri kesihatan, Datuk Seri Chua Jui Ming hari ini menyatakan kekecewaan beliau terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Kekecewaan tersebut berikutan Karpal yang dikatakan menyokong secara terbuka Pengerusi DAP Johor yang kini bertelingkah dengan Jui Ming ekoran agihan kerusi di negeri tersebut.

Jui Ming yang keluar daripada MCA pada tahun 2009 juga berasa kecewa setelah Karpal mempertikaikan keahlian beliau dalam MCA sedangkan beliau telah pun meninggalkan parti komponen Barisan Nasional tersebut.

Jui Ming bukan baru dalam politik, namun beliau dilihat kurang cerdik dalam politik kerana terlalu percaya dengan pakatan pembangkang.

Apa yang terjadi selama 30 tahun beliau bersama sama Barisan Nasional namun akhirnya beliau tunduk mengikut desakan politik.

Takkan selama 30 tahun Jui Ming tidak mengenali Karpal dan DAP? Itu adalah sesuatu yang mustahil kerana Karpal juga bukan baru dalam bidang politik.

Perkara sebegini telah dilihat akan terrjadi dan kini ianya menjadi kenyataan dan kekesalan mungkin sudah terbayang di wajah Jui Ming.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: