Selasa, 19 Februari 2013

NIK AZIZ BERTANDING DI NEGERI SEMBILAN

Mungkin ramai yang terkejut dengan berita yang Sangkakala sampaikan kali ni.

Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan dijangka akan bertanding sebagai ADUN di Chenah dalam parlimen Jelebu Negeri Sembilan.

Ini berikutan dengan sebuah banner besar yang diletakkan di letakkan di kampung Seperi (seperti diatas).

Pelbagai menifesto telah diletakkan oleh Nik Aziz untuk memastikan kemenangan berada di pihak beliau.

Dalam menifesto tersebut ada mengatakan bahawa Nik Aziz akan memberikan pendidikan percuma sekiranya beliau menang.

Dari sumber mana dana untuk pendidikan percuma tersebut diperolehi, sedangkan semasa pembentangan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) di parlimen sewaktu awal cadangannya, ianya dipersetujui oleh kerajaan dan pembangkang, kenapa sekarang baru kata percuma?

Ada juga tertulis bahawa penurunan harga kereta akan di lakukan, masalahnya nanti akan terjadi lambakan kenderaan (kereta) dalam pasaran Malaysia yang membuatkan rakyat tidak lagi mampu untuk membeli kereta kerana kereta yang ada (masih dalam pinjaman) mengalami susut nilai dan harga yang begitu ketara dan akhirnya hanya yang mampu sahaja akan memiliki kenderaan.

Penghapusan Tol lebuhraya pula dilihat sesuatu yang melucukan kerana jika tiada konsesi tol tersebut, penyelenggaraan jalan tidak akan dapat dilakukan dan masalah jalanraya yang teruk akan berlaku seperti apa yang terjadi di beberapa negeri yang diperintah oleh pakatan pembangkang.

Banyak lagi menifesto yang diletakkan, sama juga dengan menifesto yang diberikan oleh kerajaan Selangor sebelum pilihanraya umum ke 12 lalu, namun apa yang pastinya kenyataan selepas mereka memerintah ialah, menifesto bukanlah satu janji.

Jadi dengan apa yang tertulis pada banner tersebut bukanlah satu janji tetapi ianya hanyalah sebagai bayangan yang akan mengelirukan mata rakyat dan sekiranya rakyat terpedaya maka mereka ini boleh diiktiraf sebagai pembohong besar seperti kerajaan Selangor sekarang.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: