Khamis, 28 Februari 2013

SUKARELAWAN GEMPUR RUMAH ORANG SUSAH DI KUALA KURAU DI MANA YB YUNUS ???

Pagi ini satu aktiviti gotong royong membaik pulih rumah di Kuala Kurau diadakan oleh pemuda UMNO Parit Buntar dan hampir 30 orang pemuda terlibat dalam kerja kerja membaik pulih tersebut.

Sudah acapkali program sebegini diadakan dan ianya melibatkan pemuda pemuda UMNO bahagian Parit Buntar.

Turut hadir pada hari ini ialah Ketua Pemuda UMNO Cawangan Sungai Burung Pantai saudara Che Samlan yang mengetuai pasukan sukarelawan.

Menurut beliau, pemilik rumah berkenaan pernah memohon peruntukan mayang kepada allahyarham Datuk Abd Rahman yang merupakan Ketua UMNO Bahagian pada ketika itu dan malangnya beliau meninggal dunia debelum sempat bantuan dihulurkan.

Dan kira kira 2 minggu lepas, saudara Samlan telah mengajukan permasaalahan yang sama kepada Presiden Gerakan 4B Malaysia dan hari ini saudara Mua'amar Ghadafi (presiden gerakan belia 4b Malaysia) telah hadir bersama sama dengan Persatuan Kontraktor Melayu Perak yang diketuai oleh pengerusi persatuan tersebut, Datuk Wira haji Jamaluddin Abd Rahim yang juga merupakan Ahli jawatan kuasa UMNO Bahagian.

Antara mereka yang hadir untuk bersama sama dalam program pagi ini ialah ketua kampung batu 11 Jalan Pantai en. Mohd Nayan hj Bakri, pengerusi Gerakan Belia 4B kawasan Parit Buntar saudara Mohd Fuad Zainoldin dan penduduk kampung serta skuad sukarelawan 1Malaysia.

Persatuan kontraktor dan sukarelawan hari ini memberikan bantuan baik pulih lantai dan tingkap kepada penghuni rumah tersebut.

Pemilik rumah yang tidak mahu namanya disebutkan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat terutamanya UMNO Bahagian serta Gerakan Belia 4B Malaysia kerana telah memberikan bantuan kepada beliau untuk keselesaan beliau sekeluarga.

"Saya amat bersyukur dan ucapkan terima kasih kepada semua" ujar beliau.

Beliau juga berkata bahawa sudah beberapa kali beliau menemui wakil rakyat dari PKR, YB Yunus namun semuanya hampa apabila beliau akan berjanji dan terus berjanji untuk menghantar bantuan dan ianya sudah berlanjutan hampir 2 tahun namun batang hidung beliau tidak pernah kelihatan masuk ke kawasan kampung tersebut.

"Saya kecewa dengan YB Yunus kerana setiap kali berjumpa beliau akan terus berjanji untuk menghulurkan bantuan namun tidak pernah kesampaian".

"Hari ini jelas terbukti bahawa Barisan Nasional dan UMNO yang mampu untuk membela nasib orang seperti beliau, dan dimana YB Yunus ketika kami memerlukan bantuan?" ujarnya lagi.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: