Isnin, 25 Februari 2013

ANAK FADZIL NOOR LEBIH BIJAK DARI PRESIDEN PAS

Kali ini mungkin anak kepada bekas Presiden PAS, Allahyarham Fadzil Noor akan menerima nasib sepertimana yang pernah berlaku kepada pemimpin pemimpin PAS yang dikatakan tidak mengikut rentak kepimpinan parti itu.

Sangkakala menyatakan keadaan ini bakal berlaku apabila Ahmad Fauwaz Fadzil cuba meniupkan api kerjasama diantara PAS dan UMNO demi kebangkitan dan kesejahteraan Melayu dan Islam.

Beliau juga menyeru supaya organ PAS dan Barisan Nasional bersama sama dalam memantapkan kerjasama antara dua parti berkenaan.

Masalahnya adakah kepimpinan PAS akan bersetuju dan merasa gembira dengan saranan beliau atau ianya akan dianggap sebagai sampah?

Perkara ini juga pernah dibangkitkan oleh beberapa pemimpin PAS namun mereka kecundang ditangan tangan hitam yang kini dilihat menguasai PAS.

Apa apa pun Sangkakala ucapkan tahniah kepada anak kepada Allahyarham dan amat berharap agar apa yang disarankan oleh beliau akan menjadi kenyataan dan Sangkakala harap agar Yang Dipertua PAS negeri Perak supaya tidak menghalang perkara ini dari berlaku sepertimana sebelum ini.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: