Isnin, 18 Februari 2013

SI GAGAP TUNJUK ANGKUH

Menteri Besar Selangor, Khalid ibrahim mengatakan bahawa negeri Selangor tidak begitu mengharapkan bantuan dari kerajaan pusat kerana kerajaan Selangor mempunyai dana yang mencukupi.

Angkuh kenyataan si gagap ni, memang betul di Selangor masih banyak dana berikutan masih banyak lagi harta kerajaan negeri yang masih dalam bentuk aset dan belum dicairkan kedalam bentuk tunai.

Sama juga seperti isu air baru baru ini, kerajaan Selangor tetap mengatakan bahawa air di Selangor mencukupi namun hakikatnya apabila masaalah air melanda masing masing menyalahkan kerajaan pusat kerana dikatakan gagal menangani isu tersebut.

Tapi itu adalah hakikat sebenar kerajaan Selangor, akan menutup segala kelemahan dengan mengatakan bahawa mereka adalah hebat tetapi sekiranya mengalami masaalah, mereka tidak akan bertangguh untuk menunding jari menyalahkan kerajaan pusat.

Jadi dalam isu ini tidak mustahil nanti akan ada juga tuduhan kepada kerajaan Selangor mengatakan kerajaan pusat tidak memberi bantuan kepada kerejaan negeri.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: