Sabtu, 16 Februari 2013

TIAN CHUA MENGAMUK SEBAB TERTIPU

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua akhirnya menunjukkan kebodohan apabila menerima Badaruddin yang kononnya adalah Ahli Jawatan Kuasa Bahagian menyertai PKR semalam.

Yang sebenarnya Badaruddin hanyalah seorang ketua cawangan dan ura ura mengatakan bahawa akan ada kemasukan beramai ramai tidak berlaku.

Hanya Badaruddin sahaja yang menyertai PKR dan ianya tidak seperti yang dijangkakan oleh PKR.

Ternyata penerimaan masyarakat terhadap PKR tidak seperti yang digembar gemburkan oleh parti tersebut dan ini sudah pastilah mengecewakan ahli parlimen tersebut.

Yang sebenarnya tidak ada masalah kepada UMNO Batu dengan kemasukan Badaruddin ke dalam PKR kerana ianya dilihat langsung tiada kesan.

Badaruddin menyertai PKR mungkin kerana tidak mendapat tempat didalam bahagian dan ini membuatkan beliau keluar dari UMNO kerana kecewa.

Jadi kepada PKR Batu, jangan terlalu berasa seronok dengan kemasukan beliau kerana tidak mustahil apabila beliau kecewa dengan PKR akan terjadi lagi kes keluar parti ini.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: