Sabtu, 16 Februari 2013

MAT SABU TERIMA HABUAN AKIBAT CELUPAR

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu tidak akan memohon maaf kepada Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, sebaliknya menyerahkannya kepada peguam untuk tindakan selanjutnya.

Mohamad yang sebelum ini didakwa telah memfitnah Wan Ahmad menerusi kenyataan di dalam akhbar Harakah berhubung isu 'projek IC' Sabah, bertajuk "Ragu Peranan SPR, Wan Ahmad Omar mesti letak jawatan".

Nampaknya Mat Sabu begitu angkuh dan ego dalam menangani permasaalahan ini dan tidak mustahil Timbalan Pengerusi SPR akan meneruskan saman terhadap beliau.

Mat Sabu memang terkenal dengan sikap meninggi diri walaupun ada yang mengatakan bahawa kemenangan beliau sebagai Timbalan Presiden PAS ditaja oleh pihak tertentu yang berkepentingan hingga membuatkan Ustaz Nasha tersingkir.

Kalau nak diikutkan dengan kredibiliti, Sangkakala berp bahawa ustaz Nasha lebih layak menjawat jawatan kedua tertinggi dalam parti tersebut.

Mat Sabu telah beberapa kali mencetuskan kontroversi seperti mengangkat Mat Indra sebagai pejuang kemerdekaan walaupun telah disahkan bahawa Mat Indra adalah seorang pemimpin dalam parti komunis Malaya dan dilibatkan dengan kes serangan keatas bukit kepong.

Kini beliau menyerang pula Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad dengan menuduh Timbalan Pengerusi SPR itu terlibat didalam 'projek memberi kad pengenalan kepada warga asing' bagi tujuan pilihanraya, dan ini dilihat sebagai sesuatu yang tidak kena dan telah dinafikan oleh Datuk Wan Ahmad.

Jadi kepada Mat Sabu, persiapkanlah peguam peguam dalam Pakatan Pembangkang untuk menjawab saman yang di utarakan.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: