Ahad, 24 Februari 2013

RUMAH MB PERAK @ZambryAbdKadir DISERANG @Khairykj @NajibRazak @azwanbro @promelayu @tunfaisal

Kediaman rasmi Menteri Besar Perak hari ini diserang oleh sejumlah lebih 8000 orang yang menjadi jentera pilihanraya Barisan Nasional negeri Perak.

Situasi ini sudah pastinya menjadi kegusaran kepada pihak pembangkang dalam negeri Perak.

Dalam ucapan aluan Menteri Besar, beliau amat berbangga dengan kehadiran diluar jangka pada malam ini.

Beliau mengharapkan agar jentera ini akan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir demi mempertahankan negeri Perak dan Malaysia agar tidak jatuh ke tangan pembangkang.

Dalam sidang akhbar Saudara Khairy pula beliau mengatakan bahawa ini adalah negeri yang ke 8 dalam sesi lawatan beliau dan beliau mengharapkan agar kemenangan kepada negri perak dalam pru13 nanti.

Beliau juga telah memberi laporan kepada Perdana Menteri bahawa jentera pemuda diseluruh tanah air sudah bersedia secara keseluruhan.

Beliau berharap agar orang muda tidak termakan dengan dakyah pembangkang dan esok pembangkang akan mengeluarkan menifesto mereka.

Sambutan oleh pemuda adalah begitu baik dan banyak sebab dan salah satu sebab ialah banyak yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri untuk orang muda.

Beliau juga berkata walaupun beliau bukan dari negeri perak, namun beliau pernah berkhidmat dibawak kepimpinan YAB Datuk Seri Zambry Abd Kadir semasa beliau menjadi EXCO Pemuda UMNO Malaysia dulu, dan sepanjang itu juga beliau amat mengenali YAB Menteri Besar yang mana pada pendapat beliau Menteri Besar Perak adalah seorang yang bertanggungjawab serta berdedikasi dalam melaksanakan tugas membela nasib rakyat khususnya pemuda.

Dengan itu, pembang sudah tiada harapan lagi dalam negeri Perak, kepercayaan rakyat khususnya orang muda kepada mereka sudah luput kerana janji janji yang diberikan tidak ditunai sepertimana yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: