Isnin, 18 Februari 2013

HARON DIN PEJUANG AGAMA ISLAM

Walaupun ada dikalangan pemimpin PAS yang menyokong kalimah Allah digunapakai oleh bukan Islam, namun Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din berikrar akan mempertahankan kalimah Allah hingga ke akhir hayat.

Ini adalah bukti bahawa beliau benar benar memperjuangkan agama Islam dan tidak seperti mereka mereka (Pemimpin PAS) yang lain yang sanggup menggadaikan kalimah Allah dan agama Islam demi kepentingan politik.

Walaupun Haron Din memegang jawatan sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS, namun beliau dilihat tidak sesekali pernah mengeluarkan kenyataan berunsur politik tetapi lebih berkisar kepada isu umat serta agama Islam.

Ini telah menjadi kemarahan oleh parti bersekutu PAS yang mana mahu menggunakan PAS sehabis mungkin dalam isu kalimah Allah serta Islam.

Jika dahulu kita melihat hanya Hasan Ali yang begitu lantang mempersoalkan keikhlasan PAS dalam perjuangan hingga akhirnya beliau tersungkur di buang oleh PAS sebagai ahli.

Begitu juga dengan Ustaz Nasha yang pada masa memegang jawatan Timbalan Preisden PAS akhirnya tersungkur setelah digugurkan dari pada menganggotai Majlis Syura PAS hanya semata mata Ustaz Nasha mengikuti rombongan Perdana Menteri ke Gaza.

Kalau dulu PAS dilihat akan mengambil para ulama sebagai pembimbing parti, namun kini PAS menolak ulama tetapi lebih kepada mengambil artis yang sudah kurang popular untuk dijadikan ikon dan ianya hanyalah kerana politik semata mata.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: