Isnin, 18 Februari 2013

PAS KELUAR PAKATAN PEMBANGKANG SEKIRANYA MERUGIKAN ISLAM

Agak mengejutkan berita ini apa bila PAS dikatakan akan keluar dari Pakatan Pembangkang sekiranya ia merugikan Islam.

Ketika menyampaikan ucapan di Himpunan Kebangkitan Rakyat Pas Ganti UMNO di Kampung Banggol Peradong, dekat sini hari ini, Presiden Pas itu berkata, selagi ketiga-tiga parti tersebut mampu bekerjasama dalam mempertahankan Islam, Pas akan meneruskan permuafakatan berkenaan.

Yang menjadi persoalannya ialah, dimana keuntungan yang diperolehi oleh Islam selama PAS menetapkan bahawa mereka akan bersama sama DAP dan PKR sebelum ini?

Sangkakala lihat kerugian telah lama berlaku dimana pelbagai kontroversi dilakukan oleh DAP khusunya dan kini dilihat kepimpinan PKR pula cuba melakukan perkara sama.

Jika nak diikutkan kerugian, pemecatan Datuk Hasan Ali sebagai ahli PAS juga adalah satu kerugian.

Penyingkiran Ustaz Nasha dari Majlis Syura PAS juga adalah dilihat sebagai satu kerugian.

Mengarahkan supaya azan subuh diperlahankan daripada kebiasaan juga adalah satu kerugian.

Penggunaan kalimah Allah oleh bukan islam dan juga di dalam kitab Bible juga merupakan kerugian.

Kebebasan beragama yang dikatakan oleh Nurul Izzah juga merupakan salah satu lagi kerugian dan banyak lagi perkara perkara yang merugikan Islam selama DAP dan PKR menjadi sekutu kepada PAS.

Jadi kerugian bagaimana yang dimaksudkan oleh haji Hadi Awang hingga membuatkan PAS keluar dari Pakatan Pembangkang.

Atau ianya bukan kerugian Islam tetapi satu kerugian kepada pemimpin PAS akan membuatkan mereka keluar dan menjadi parti mereka sendiri?

Tapi Sangkakala rasa kerugian kepimpinan PAS itu akan membuatkan mereka keluar dari pakatan, kerana sudah menjadi adat manusia, bila tak puas hati akan pergi menyendiri.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: