Khamis, 28 Februari 2013

THE STAR CARI GADUH DENGAN CYBERTROOPER

Pengarang eksekutif The Star Wong Sai Wan mengatakan bahawa cybertrooper adalah penipu dan pembohong seterusnya membuatkan media sosial turut berbohong.

Kenapa pengarang ini begitu celupar? Adakah kerana orang sudah tidak lagi mahu membeli akhbar tabloid yang membuatkan mereka mengalami kerugian?

Pada Sangkakala cybertrooper mengolah sesuatu cerita mengikut trend zaman sekarang dan ianya terbukti mampu menarik minat pembaca untuk mengetahui cerita secara cepat dan ringkas.

Tidak seperti akhbar tabloid, yang memakan masa sehari atau kadang kadang seminggu untuk mengeluarkan satu satu kejadian kerana akhbar tabloid mencari keuntungan dengan mengeluarkan hanya berita berita sensasi terlebih dahulu.

Jadi dengan kehadiran cybertrooper dipesada penceritaan kejadian di tanah air menambahkan seri dalam dunia pemberitaan.

Walaupun ada sesetengah penngiat media sosial ini mengamalkan pemberitaan yang kurang tepat, namun bukan semua yang bersifat demikian dan itu perlu diambil kira dan ada kalanya artikel yang dimuatkan di akhbar tabloid juga dicedok dari laman laman sosial.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: