Isnin, 25 Februari 2013

@rafiziramli JANGAN TERLALU BODOH

Dalam portal MalaysiaKini semalam ada artikel yang bertajuk 'Parti komponen BN didakwa tak lebih dari pengemis' yang ditulis oleh pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli.

Rafizi menulis artikel tersebut dengan merujuk kepada kononnya terjadi pertelingkahan terbuka diantara Datuk Seri Chua Soi Lek serta Datuk Seri Ong Tee Keat.

Beliau juga mengatakan bahawa parti komponen Barisan Nasional kini tidak lagi berkuasa menentukan calon mereka kerana telah diambil alih oleh YAB Perdana Menteri selaku Pengerusi Barisan Nasional Malaysia.

Apa yang Sangkakala nampak dan lihat, Rafizi mungkin boleh Sangkakala masukkan didalam golongan orang yang tidak mempunyai akal dan pemikiran yang cukup, kerana apa? Kerana cara beliau berfikir tidak menunjukkan bahawa beliau adalah pemikir strategi kerana strategi yang beliau gunakan tidak memberikan kesan.

Untuk makluman saudara Rafizi, apabila dinamakan sebagai Pengerusi komponen Barisan Nasional, maka adalah menjadi kelebihan untuk Perdana Menteri memilih calon dan perkara ini telah lama berlaku didalam Barisan Nasional, bukan hanya di zaman YAB Datuk Seri Najib sahaja, malah sebelum sebelum ini situasi sama digunapakai.

Tetapi itu tidak bermakna pengerusi atau presiden parti komponen tidak diberi peluang untuk memberikan nama nama bakal calonbagi mewakili parti mereka.

Jadi dakwaan dengan mengatakan bahawa parti komponen BN seperti itu adalah tidak berasas kerana parti komponen BN sepertimana Sangkakala katakan tadi, mempunyai Pengerusi Barisan Nasional.

Tidak pula seperti Pakatan Pembangkang yang sehingga kini tidak menetapkan siapa yang menjawat jawatan pengerusi bagi mewakili tiga parti iaitu PAS, PKR dan DAP, kerana setahu Sangkakala Datuk Seri Anwar adalah ketua pembangkang dan bukannya ketua kepada ketiga tiga parti tersebut.

Adakah kerana ketiga tiga ketua parti parti pembangkang ini mempunyai kata sepakat dalam menentukan siapa sebagai ketua?

Kita dapat melihat senario politik pembangkang di negeri Johor yang mana kita dapat melihat pertelingkahan yang terjadi diantara pengerusi PKR Johor dengan pengerusi DAP Johor hingga membuatkan Karpal Singh tampil menempelak Chua Jui Ming selaku pengerusi PKR Johor diikuti pula dengan kenyataan Dr Wan Azizah menyokong Chua.

Ini adalah pertelingkahan kerana ketiga tiga parti ini hanya bergabung tetapi tidak bersatu serta tidak mendapat kata sepakat dalam mengurus tadbir ketiga tiga parti mereka.

Jadi kepada Rafizi, Sangkakala nasihatkan supaya perbetulkan pakatan pembangkang terlebih dahulu daripada cuba membetulkan parti yang semua orang sedia maklum mempunyai sikap toleransi yang tinggi didalam parti.

Lagi satu Sangkakal nak pesan, janganlah menampakkan diri anda terlalu bodoh Rafizi, kerana selaku seorang yang mempunyai jawatan yang agak penting, tidak sepatutnya anda mempunyai fikiran yang terlalu singkat dalam mengatakan sesuatu perkara.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: