Sabtu, 29 November 2014

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO KECOH KERANA SEORANG GADIS

Perhimpunan Agung UMNO telah pun tamat siang tadi dengan pelbagai nostalgia, teguran dan sindiran daripada pembahas dalam perhimpunan Agung dilihat diambil secara serius oleh pucuk pimpinan parti.

Tapi dalam pada itu berlaku juga satu perkara yang membuatkan Perhimpunan Agung kali ini menjadi panas ditambah pula apabila ianya melibatkan peggiat media iaitu para blogger yang selama ini menyokong kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.


Sangkakala lihat ramai yang naik angin apabila gadis yang bernama Farhana dari Kelab UMNO Luar Negara ini mempertikai atau mempersoal para blogger yang kononnya lewat menjawab isu atau fitnah pembangkang.

Bagi Sangkakala ada dua sudut yang perlu dilihat disini dan yang pertama ialah, memang ada kebenaran tentang apa yang dikatakan oleh adik Farhana ni.

Dalam memjawab isu atau fitnah pembangkang  memang kita mengalami kelewatan tetapi perlu juga diingat bahawa setiap satu fitnah atau isu perlu dijawab dengan fakta dan bukannya dengan auta atau suka suka nak jawab dan kadang kadang fakta dan jawapan ini kami sebagai blogger dimaklumkan agak lewat dan ini yang membuatkan jawapan berkenaan lewat dikeluarkan.

Mungkin Farhana tidak tau tentang apa yang berlaku sebenarnya di Malaysia kerana beliau banyak menghabiskan masa di luar negara dan dengan itu Sangkakala rasa tidak menjadi masalah jika beliau mengeluarkan apa yang terpendam.

Satu lagi sebab Sangkakala agak bersetuju dengan Farhana ialah, bukan sahaja penggiat media ini lambat menjawab iau atau fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang malah ada juga dikalangan penggiat media yang menghentam kepimpinan sendiri.

Sebagai contoh Sangkakala berikan disini ialah isu teguran Perdana Menteri terhadap kepimpinan UMNO Selangor, ada dikalangan penggiat media yang turut sama menghentam kepimpinan UMNO Selangor seterusnya memberi input kepada cybertrooper pembangkang untuk menjadikan isu tersebut menjadi lebih hangat.

Bagi Sangkakala, kadang kadang teguran seperti ini perlu juga kita sebagai penulis laman blog terima dan tidak ada salahnya jika orang luar bercadang untuk memberikan nasihat serta cabaran dan disini Sangkakala lihat Kelab UMNO Luar Negara telah memberikan cabaran dan dari apa yang Sangkakala lihat, Farhana mengatakan bahawa sekiranya blogger UMNO lewat menjawab isu maka Kelab UMNO Luar Negara akan cuba membantu untuk menjawab fitnah tersebut.

Disini Sangkakala harap ada pembetulan, sepatutnya Farhana mengatakan bahawa mereka ( KULN ) sama sama membantu tidak kira siapa dulu siapa kemudian dalam menjawab satu satu isu.



4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TEGURAN yg. MENIPU - jadi mana nak boleh diterima blogger pro-UMNO yg. BERSUSAH PAYAH selama ni!

Itulah masa Konvensyen, si muda-mudi-LIBERAL Putera-Puteri UMNO sibuk nak BERLAKON-kalah-BOLLYWOOD - MEMUAKkan betul! Lepas tu sewenangnya TAK nak BERTANGGUNGJAWAB di atas KEGAGALAN pucuk pimpinan si puak LIBERAL ni; tapi bukan main ala-"revolusi anak-MUDA Arab Spring-tajaan FcBook-yg. kepunyaan si ZIONIS-JAHANAM”, nak MENYALAHkan semata-mata pemimpin lama/lebih TUA/warga emas pula (lepas itu menyalahkan pula para blogger pro UMNO)! Dan juga baru setahun jagung; serta ada yg. TAK bermoral, tapi dok ingat sewenangnya nak RAMPAS kuasa termasuk nakkan jawatan-ala-keretapi-EKSPRES dlm. UMNO/JPA/GLC sesuka hati; seolah pemimpin yg. lebih lama/tua dan matang, dah TAK berguna, kolot dan tidak perlu dihargai! Itukah cara mereka MELAYAN mak-bapak/tok-nenek depa?!

Dan biasalah SJ9, kalau para blogger mengutuk mana-mana si pemimpin UMNO-LIBERAL/TAMAK KUASA-PENGKHIANAT - kerana tidak mahu UMNO diJAHANAMkan puak PENGKHIANAT ni!

Jadi baiklah mana-mana si Putera/Puteri-PEMBODEK-syok-sendiri-BIADAP baca artikel BERNAS ni di - http://www.sematankelawas.com/2014/11/pau2014-perwakilan-mahasiswa-perlu-peka.html , #PAU2014: Perwakilan Mahasiswa Perlu Peka Isu; Malaysia Bukan Rosmah Sahaja!

Nenek TUA Sambal Belacan.

Kirk Hammet berkata...

Kah kah kah .. Bloger UMNU bangang pastu tak sedar diri kata Aji Najib.. Kah kah kah kah..

SolitaireHunter berkata...

Kang Najib kata blogger pro-umno bangang... marah pulak!

Kirk Hammet berkata...

Jari9 bangang dah empat hari hantuk kepala kat dinding..! Gedegung gedegang!! (3x).Kaah kah kah kah...