Rabu, 12 November 2014

KERANA JPJ KERAJAAN JUGA JADI MANGSA

Kerana tindakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan yang hari ini dilihat agak melampau, makanyang memdapat tempiasnya adalah kerajaan Barisan Nasional dan lebih buruk lagi apabila dipolitikkan kepada kerajaan UMNO/BN dah takde duit.

Memang tak salah kalau pihak JPJ hendak melaksanakan dan menguatkuasakan undang undang tapi biarlah dengan cara yang boleh difikir dengan akal secara logik dan bukannya membuatkan persepsi negatif masyarakat terhadap kerajaan bertambah akibat daripada tindakan yang kurang bijak.

Seperti kata Ketua Pengarah JPJ bahawa No Plate kenderaan adalah punca kepada kemalangan memang tidak langsung dapat diterima akal manusia secara waras sebab banyak faktor keselamatan yang membuatkan kadar kemalangan meningkat dan tiada langsung kena mengena dengan saiz ukuran nombot plate.

Semalam Sangkakala telah menerima 2 keping gambar dari seorang rakan yang menunjukkan bahawa pihak JPJ sedang mengoyak atau menanggalkan filem hitam yang terdapat pada cermin sebuah ambulan.



Nampak apa ayat yang diberikan kepada JPJ dalam screenshot yang pertama? Itu adalah persepsi masyarakat terutamanya yang berideologi pembangkang dalam usaha untuk menghentam dan memburukkan kerajaan.

Tapi bila difikirkan sebaik baiknya, apakah JPJ atau para pegawainya sudah tidak mempunyai akal yang waras? Sampai ambulan juga nak dikenakan tindakan? 

Baiklah lepas ni kita tengok sama ada JPJ akan pergi ke bangunan parlimen dan setiap bangunan kerajaan atau tidak? Jika tidak, nampknya JPJ juga perlukan rombakan pengurusan sebab jangan nanti orang akan mengatakan pula kerajaan hanya meletakkan mereka yang kurang cerdik untuk mengurus sebuah jabatan.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kenapa tak tanya KP JPJ apa maksud kata2nya itu. Ni nampaknya bila ramai mengeluarkan pendapat sehingga menjadi polemik yang negative dan tidak menguntungkan. Polemik ini memberi persepsi buruk kepada organisasi dan secara tak langsung kepada anggota serta kakitangan, dan juga kerajaan. Siapakah yang memulakan polemik ini sehingga menjadi melampau-lampau.
Tanya KP JPJ apa maksud kenyataannya? Jangan hanya mendengar sebelah pihak saje.

Algojo berkata...

Ye la.. Lain la kalau JPJ tu dibawah kekuasan mak bapak ko dan mak bapak ko yang buat dasar untuk JPJ tu. Hanjing punya bloger kerja isap punai!