Khamis, 6 November 2014

LUAHAN PM BUKAN HANYA UNTUK SELANGOR !!!

Dibawah Sangkakala masukkan apa luahan sebenar Perdana Menteri yang diperhalusi oleh Saudara Lokman Nor Adam dalam konvension UMNO Selangor.

" Teguran PM baru-baru ini berhubung prestasi penambahan ahli baru telah menghangatkan senario politik negara khususnya di Selangor.   Namun setelah melihat statistik, prestasi Negeri Selangor dalam usaha penambahan pengundi baru bagi bulan Ogos dan September 2014,  jelas bahawa kenyataan PM itu bukan merujuk kepada Selangor, tetapi kepada UMNO Bahagian-bahagian seluruh negara.

Berdasarkan statistik penambahan pengundi baru tersebut, Selangor menduduki tempat ke 6 terbanyak jumlah penggundi baru, manakala Tanjong Karang yang merupakan Bahagian Ketua Perhubungan UMNO Selangor, YB Dato Seri Noh Omar merupakan Bahagian paling banyak mendaftar penggundi baru dalam negeri Selangor.  Malah, Tanjong Karang juga telah menduduki tempat ke 10 dalam penambahan undi terbanyak dikalangan 191 Bahagian UMNO seluruh Malaysia.

Semoga dengan pendedahan 3 infografik berikut, tiada lagi salah tanggap dikalangan kita dan kita sama-sama pertingkatkan usaha kita untuk menabahkan jumlah ahli UMNO."

Lokman Noor Bin Adam
Shah Alam




Tiada ulasan: