Sabtu, 11 Mei 2013

#tolakpakatan #PRU13 ANAK MUDA YANG TAK KENAL UNTUNG @NajibRazak @tunfaisal @hairul_own

Ini ada beberapa gambar yang menunjukkan bahawa anak Malaysia yang tidak mengenal untung berdiri di tengah panas hanya semata mata mengikut kehendak parti politik dan individu yang rakus dengan jawatan.

Mereka ini dipergunakan hanya untuk memuaskan nafsu sesetengah pihak, walaupun mereka mengatakan bahawa mereka tidak dipengaruhi oleh mana mana parti politik tetapi ianya hanyalah retorik semata mata untuk menunjukkan bahawa mereka bebas dari mana mana individu terutamanya pembangkang.

Gambar Safwan Anang, pelajar yang cuba untuk menjadi wira kepada penuntut di IPTA namun dipergunakan oleh parti pembangkang untuk kepentingan mereka.

Ini gambar Adam Adli, penuntut yang bertanggung jawab menurunkan bendera gambar Perdana Menteri di PWTC, kononnya menuntut untuk pendidikan percuma, namun kini sudah mula menular ke arena politik.

Dikatakan juga pelajar ini dibiayai oleh Anwar Ibrahim untuk melakukan perkara perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pelajar.

Soladariti Anak Muda Malaysia yang mengatakan bahawa mereka membawa suara anak muda dan mewakili mereka untuk menyuarakan pendapat tapi kini sudah dipolitikkan.

Mereka juga mendakwa bahawa mereka tidak di pengaruhi oleh mana mana parti politik namun pada hakikatnya lihat gambar dibawah.

Adakah ini semua bendera Badan Bukan Kerajaan (NGO) atau mana mana persatuan yang mewakili rakyat Malaysia?

Jika SAMM mengatakan bahawa mereka tidak terlibat dengan mana mana parti politik sudah pasti tidak akan ada bendera seperti diatas dalam himpunan semalam, tapi gambar membuktikan segala galanya.

Untuk melihat lebih banyak gambar sila klik DISINI.