Beliau berkata bahawa permasaalahan dalam PAS telah membuatkan negeri itu terlepas dan kembali di tadbir oleh Barisan Nasional sebagai kerajaan negeri.
Sekarang DAP sudah mula menunding jari pada parti yang bersama sama dengan mereka dan DAP kini sudah lebih berani menyalahkan PAS berikutan masalah dalaman parti tersebut.
Kalau dulu kita lihat DAP tidak berani mengatakan apa apa, tetapi kini PAS pula yang tidak dapat bersuara dan terpaksa akur dengan kehendak DAP.
DAP seolah olah menidakkan undi dari pengikut PAS yang mengundi mereka pada pilihanraya baru baru ini dan jika tidak kerana undi pengikut PAS mana mungkin DAP akan mendapat kerusi lebih dari pada pilihanraya ke 12 yang lalu.
Di Kedah pula, adakah pengikut DAP memberikan undi kepada PAS sepenuhnya sepertimana yang dilakukan oleh pengikut PAS di Pulau Pinang hingga membuatkan negeri tersebut terlepas dari genggaman mereka.
Dengan komitmen yang di tunjukkan oleh Barisan Nasional selama ini membuatkan rakyat Kedah memilih untuk mengundi Barisan Nasional, di tambah pula dengan kehadiran Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang dicalonkan sebagai Menteri Besar sudah pasti membuatkan rakyat Kedah merasa amat selesa.
Tapi kenapa pula Guan Eng yang beriya menyalahkan PAS? Atau Guan Eng sengaja mahu menutup kesalahan mereka yang tidak membantu PAS untuk mencapa kemenangan di Kedah seperti mana yang mereka (PAS) lakukan.
Tapi seperti biasa, sudah lumrah dalam dunia, kaum cina (tidak semua) akan menyalahkan orang Melayu dalam setiap perkara walaupun ianya bersangkutan dengan mereka.
Sebagai contoh disini Sangkakala jelaskan, kita biasa lihat seorang budak Melayu akan dimarahi dengan teruk jika melakukan kesilapan walaupun ianya kecil, jadi perkara sama telah berlaku kepada PAS.
Sangkakala bukanlah bersikap rasis, tapi itulah yang terjadi sebenarnya kini, DAP menyalahkan PAS dengan mengatakan bahawa parti itu mempunyai masaalah dalaman, sedangkan DAP juga mencipta masaalah dengan orang Melayu.
Seperti contoh, Guan Eng sendiri pernah mengeluarkan kenyataan agar kalimah Allah diberi kebenaran untukj digunapakai oleh orang bukan Islam iaitu di dalam kitab Bible edisi bahasa Melayu, tidakkah itu menjadi kemarahan dan kebencian kepada pakatan pembangkang oleh rakyat Malaysia khususnya beragama Islam?
Jadi kenapa Guan Eng hanya menyalahkan PAS dalam perkara ini?
Sepatutnya mereka (DAP) juga merasa malu dengan apa yang terjadi dimana, kekurangan jentera DAP di Kedah dilihat sebagai satu kekurangan kerana kebanyakan jentera ini di hantar ke Pulau Pinang untuk membantu Guan eng mengekalkan kuasanya.
Jadi dimana silapnya PAS?
PAS hanya mampu melihat kemenangan DAP di Pulau Pinang hasil dari kerja keras yang dilakukan oleh jentera DAP Kedah yang meninggalkan PAS untuk bekerja sendirian dengan alasan PAS Kedah bertanding di banyak kerusi kawasan, jadi biarlah PAS bekerja sendirian.
Satu lagi contoh yang Sangkakala nak berikan iaitu, adakah jawatan EXCO diberikan kepada PAS di Pulau Pinang, setahu Sangkakala tidak ada walau satu pun jawatan EXCO tersebut diberikan kepada wakil dari PAS di negeri tersebut.
Walau bagaimana pun itu adalah kehendak PAS sendiri dan PAS perlu menerima setiap herdikan yang dilemparkan oleh DAP terhadap mereka.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan