Sabtu, 11 Mei 2013

BUKTI BLACKOUT PERANCANGAN PEMBANGKANG

Semasa pengiraan undi dalam pilihanraya yang lepas, ada beberapa kejadian blackout di beberapa kawasan telah terjadi.

Pembangkang mengatakan bahawa ianya adalah salah satu perancangan yang dilakukan oleh Barisan Nasional serta UMNO dengan tujuan untuk menewaskan pakatan pembangkang.

Namun beberapa bukti jelas menunjukkan bahawa perancangan tersebut telah dilakukan dengan teliti oleh pakatan pembangkang dan beberapa bukti tersebut dengan jelas menunjukkan bahawa pakatan pembangkanglah yang merancang semua kejadian itu.

Salah satu contoh, polling ajen pembangkang telah dibekalkan dengan lampu suluh semasa kejadian blackout tersebut dan ini jelas membuktikan bahawa mereka sudah pun tahu bekalan elektrik di tempat pengiraan undi akan terputus.

Mana mereka dapat tahu semua tu sedangkan pihak TNB tidak mengeluarkan apa apa notis untuk memutuskan bekalan elektrik dan pihak TNB sendiri mengesahkan tiada sebarang kejadian terputusnya bekalan elektrik ke kawasan terbabik.

Polling ajen ini pula dilihat seperti sudah bersiap sedia untuk bergelap dimana ada sorang wakil dari pihak Barisan Nasional berkata beliau nampak lampu picit telah dikeluarkan oleh seorang wakil pembangkang sejurus sebelum berlakunya kejadian blackout tersebut.

Hairan juga kan, macam mana boleh tahu akan terputusnya bekalan elektrik kalau ianya tidak dirancang terlebih dahulu?

Pembangkang menggunakan kaedah ini bukan untuk memenangi undi tetapi untuk melihatkan bahawa Barisan Nasional itu bertindak secara kotor walaupun mereka yang melakukan perkara tersebut.

Mereka cuba meniup api kemarahan rakyat terhadap Barisan Nasional dengan menyebarkan fitnah dan tohmahan.

Seperti yang berlaku semalam di PutraJaya, beberapa orang anak muda mahasiswa telah berkumpul di bangunan kerajaan untuk masuk ke SPR bagi menyerahkan memorandom dan salah satu yang diucapkan oleh anak muda ini ialah tentang blackout tersebut.

Persoalannya, adakah mahasiswa ini berada disitu semasa kejadian itu berlaku, dan adakah mereka melihat perkara tersebut?

Mahasiswa ini telah diajukan dengan fitnah oleh pembangkang yang membuatkan mereka berasa marah sedangkan perkara tersebut dilakukan oleh tangan tangan hitam dari pihak pakatan pembangkang.

Mereka ini bertindak tanpa usul periksa kemudian menyalahkan kerajaan dalam semua perkara kerana terlalu taksub dan percaya.

Adam Adli dan Safwan Anang mengatakan bahawa mereka tidak mewakili mana mana parti cuma mereka inginkan satu pilihanraya yang bebas dan adil sedangkan dalam masa yang sama, mereka memanggil Che Gu Bard untuk bersama sama mereka dalam himpunan semalam.

Adakah Che Gu Bard sudah keluar dari parti politik dan beliau juga sudah tidak aktif lagi dalam politik?

Kita lihat bagaimana pembangkang memanipulasi mahasiswa mahasiswi ini untuk dipergunakan oleh mereka demi meraih pangkat dan kuasa dan para pelajar ini pula telah termakan dengan hasutan serta gula gula yang dihidangkan kepada mereka oleh pembangkang.

Sebagai mahasiswa yang bijak Sangkakala rasa mereka tidak sepatutnya dengan mudah mempercayai segala kejadian tanpa meneliti serta menyelidiknya terlebih dahulu.

Berbalik kepada masalah blackout tadi, kawasan yang dikatakan berlakunya blackout tersebut telah dimenangi oleh pakatan pembangkang tetapi mereka masih tidak lagi berpuas hati dan ini jelas menunjukkan bahawa mereka amat tidak matang dalam politik.

Semua perkara yang berlaku walaupun memihak kepada mereka akan tetap mereka bangkang, ini satu perkara yang dikatakan pelik dalam sejarah manusia sebab biasanya manusia akan berpuas hati sekiranya sesuatu kejadian memihak kepada mereka, tapi kini ianya sudah terbalik, yang kalah duduk diam, yang menang pulak tak puas hati.

Rakyat dapat menilai kedudukan mereka ini sekarang, adakah mereka ini yang mahu dijadikan pemimpin? Adakah meraka yang mahu dijadikan sebagai orang untuk mempertahankan rakyat?

Sudah pasti rakyat akan terbiar kerana mereka akan berpolitik dan akan terus membangkang walaupun perkara yang baik akan kerajaan berikan kepada rakyat.

Ingat PR ingat Fitnah..ingan BN ingat 1Malaysia.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone