Ahad, 5 Mei 2013

#tolakpakatan #GE13PILIHLAH PARTI YANG AKAN MEMBAWA KEPADA KEBAIKAN

Selamat pagi dan salam sejahtera kepada semu rakyat Malaysia yang akan keluar untuk mengundi pada pagi ini. Tepat pada jam 8 pagi semasa artikel ini dikeluarkan, semua tempat pembuangan undi akan dibuka untuk kita sama sama menjalankan kewajipan kita sebagai rakyat Malaysia memilih kepimpinan untuk menerajui kawasan, negeri dan juga negara ini.

Bagi Sangkakala, tidak ada parti yang mampu untuk menjadi pentadbir yang baik dan berwibawa selain dari Barisan Nasional yang telah memerintah lebih dari 50 tahun.

Kita semua telah merasa betapa nikmatnya kemakmuran yang terdapat dalam negara ini yang tidak ada pada negara negara lain dimana kestabilan ekonomi, keselamatan dan segala keperluan mencukupi.

Kita semua boleh lihat kejadian kejadian diluar sana yang mana ianya menyiksa rakyat negara negara terbabit dan alhamdulillah negara kita terhindar dari semua itu.

Kita dapat hidup dalam keadaan aman dan damai bersatu padu dalam keadaan berbilang kaum, berkongsi segala yang ada dan ini telah membuatkan negara ini begitu unik sekali dimata dunia dimana semua bangsa yang ada dalam dunia terdapat dalam negara kita tanpa ada perselisihan faham.

Kita sebagai rakyat Malaysia harus berbangga dengan oencapaian yang telah dilakukan oleh kerajaan dalam memberikan keselesaan serta penambahbaikan kehidupan rakyat dari semasa ke semasa dan daripada apa yang kita lihat, kerajaan Barisan Nasional amat konsisten dalam menjalankan tanggungjawab sebagai kerajaan selama ini.

Kita jangan sekali kali menggadai apa yang telah diperjuangkan oleh nenek moyang kita dahulu dimana mereka telah bertungkus lumus bersusah payah demi untuk melihat kita dimasa kini hidup dalam keadaan aman dan damai.

Perjuangan mereka yang tidak ada tolok bandingnya janganlah digadai kerana mereka juga sudah semestinya mahukan kita meninggalkan warisan kepada generasi yang akan datang sebagaimana mereka meninggalkannya untuk kita.

Parti pembangkang pula dilihat tidak akan mampu untuk melaksanakan sepertimana yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional dan oleh itu juga Sangkakala memohon supaya kita semua tidak terpedaya dengan apa yang diperkatakan oleh pembangkang tentang segala keburukan yang di lemparkan oleh mereka.

Sebelum mengundi, Sangkakala berharap agar kita semua memikirkan tentang masa depan kita serta waris kita nanti, oleh itu Sangkakala memohon supaya kita semua memilih calon Barisan Nasional disemua tempat demi untuk kestabilan serta keharmonian negara.