Isnin, 6 Mei 2013

#PRU13 ANWAR LETAK JAWATAN KETUA PEMBANGKANG

Satu masa dulu Anwar Ibrahim mengatakan bahawa sekiranya beliau gagal untuk membawa pakatan pembangkang ke Putrajaya pada PRU kali ini beliau akan meletakkan jawatan.

Semalam telah jelas membuktikan yang mana rakyat Malaysia masih memerlukan kerajaan Barisan Nasional sebagai pemerintah memandangkan hanya kerajaan ini yang mampu membawa kepada kebaikan serta kemudahan dan kebajikan kepada rakyat.

Tidak dinafikan bahawa terdapat beberapa orang tokoh hebat dalam politik Malaysia tersungkur kerana mengalami kekalahan namun itu tidak dapat menghalang Barisan Nasional untuk terus memerintah.

Dalam situasi ini, Anwar perlu untuk menunaikan janji beliau dengan melepaskan semua jawatan jawatan memandangkan kegagalan beliau sebagai ketua kepada parti pembangkang di parlimen gagal untuk membawa parti mereka ke Putrajaya untuk menjadi pemerintah.

Tapi adakah Anwar akan menunaikan janji tersebut? Atau akan ada alasan alasan lain lagi yang akan dibuat demi untuk menutup janji yang beliau lafazkan tidak berapa lama dahulu.

Anwar jangan buat buat lupa pula sudah la, sebab raja drama ni mampu untuk melakonkan apa sahaja watak demi untuk membolehkan beliau terus berkuasa walaupun sebagai pembangkang.

Anwar perlu bersikap lebih kelelakian dalam hal menunaikan janji ini kerana seperti pemimpin dalam Barisan Nasional, sekiranya gagal untuk membawa perubahan sudah pastinya akan berundur secara berhemah dan akan memberi peluang kepada muka baru untuk memimpin, dan itulah kelebihan yang ada dalam Barisan Nasional.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: