Isnin, 13 Mei 2013

MCA KECIL HATI DENGAN PENGUNDI CINA

Dalam pilihanraya yang diadakan baru baru ini, kita dikejutkan dengan pengundian oleh majoriti orang orang cina kepada pakatan pembangkang dan ini telah membuatkan MCA yang menjadi komponen Barisan Nasional kecundang di banyak kawasan yang dipertandingkan.

Situasi yang digelar 'tsunami cina' ini telah membuatkan MCA berasa amat terkilan kerana selama ini mereka menjaga kebajikan kaum cina di seluruh negara. 

Namun setelah pengiraan undi dibuat jelas terbukti bahawa kebanyakan pengundi di kawasan yang majoritinya adalah orang cina tidak memihak kepada Barisan Nasional dan seterusnya menampakkan bahawa ada penolakkan kepada kerajaan disitu.

Ini telah membuatkan MCA berasa malu dan kecil hati dengan pengundi pengundi cina dan MCA mengambil tindakan untuk menutup pusat pusat khidmat yang selama ini menjadi tempat untuk kaum cina mengadu tentang sesuatu kepada kerajaan. 

Ini adalah satu tindakan wajar yang dilakukan oleh MCA kerana mungkin parti komponen BN itu merasakan tidak perlu lagi pengundi cina datang berjumpa dengan mereka untuk mengadu nasib tetapi lebih baik beralih kepada ADUN atau Ahli Parlimen DAP yang mereka pilih.