Khamis, 9 Mei 2013

CETUSAN DARI ARMAND AZHA

Malam tadi ada seorang sahabat menghantar mesej melalui blackberry masengger yang mengatakan bahawa Azmin Ali akan mengadakan sidang media esok pada jam 10 pagi bertempat di Ibu Pejabat PKR Tropicana.

Tidak lama selepas itu seorang lagi sahabat iaitu saudara Armand Azha telah menghantar mesej melaui sistem yang sama dan apa yang membuatkan Sangkakala menulis artikel ini adalah kerana apa yang dihantar oleh saudara Armand Sangkakala rasa ada kebenarannya.

Beliau telah menghantar mesej yang berbunyi begini,

"salam kawan2...Jangan percaya mainan mereka. Iya memang esok pagi Azmin bersama wakil rakyat PKR Selangor akan buat PC. Semua akan terperdaya..! terutamanya orang UMNO/BN.  Saya dah check dengan rakan2 dalam PKR,  esok Azmin akan buat pengumuman" saya bersama rakan pimpinan wakil rakyat PKR Selangor yang lain MENYOKONG PENUH perlantikan Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor" daripada Armand Azha.

Aduhh..nasib baik Sangkakala tak terniat nak pegi, kalau pegi tak ke naya kena tipu dengan puak puak pakatan penipu ni.

Bukan apa tu, saja nak buat provokasi supaya nampak macam nak malukan Barisan Nasional,  tapi tak sangka pulak Barisan Nasional lagi cekap dapat menghidu perbuatan yang bakal mereka lakukan.

Tahniah Sangkakala ucapkan pada saudara Armand yang cekap mengambil tindakan dengan segera. 

Kepada Azmin lain kali jangan cuba nak kencing orang lagi ok.