Jumaat, 10 Mei 2013

AZMIN PELAKON FILEM HINDI

Sangkakala dah keluarkan dalam satu artikel semalam yang mana Armand Azha telah memberitahu bahawa Azmin akan mengadakan sidang media dan seterusnya akan menyatakan bahawa beliau dan rakan rakannya akan menyokong kepimpinan YAB Tan Sri Khqlid sebagai Menteri Besar.

Tapi sayang sekali apabila watak yany dilakonkan oleh Azmin telah dijangka skripnya oleh orang lain yang membuatkan cerita tersebut tidak mendapat catatan boxoffice kali ni.

Kesian Azmin, sekali lagi beliau terpaksa melacurkan maruah beliau kepada Anwar Ibrahim demu untuk mengejar cita cita.

Agaknya Anwar dah berjanji akan meletakkan jawatan sebagai ketua Umum PKR dan Wan Azizah pula akan melepaskan jawatan sebagai presiden parti yang akan membolehkan Anwar memanjat tangga nombor 1 pakatan pembangkang.

Semua orang tahu bahawa Azmin memang bercita cita mahu mengambil alih Selangor tetapi mungkin atas pujukan yang memberikan semangat walaupun tiada harapan kepada beliau oleh Anwar, maka maruah beliau diletakkan ke tepi, tapi masih adakah maruah Azmin ni selepas apa yany di dakwa oleh Dato Gobalakrishnan?

Itu dia punya hal dia punya pasallah, apa yang nak diceritakan sekarang ialah adakah PAS JUGA terpaksa akur dengan kehendak PKR tersebut yang dilihat amat tidak adil terhadap PAS yang mempunyai lebihan 1 kerusi daripada PKR dqn sudah sepatutnya PAS yang meletakkan wakil mereka sebagai Menteri Besar Selangor.

Mungkin juga PAS terpaksa akur tetapi dimana pula laungan demokrasi yang dilaungkan oleh pengikut pakatan pembangkang selama ini, memilih minoriti untuk menjadi pemimpin adalah sama macam beri orang bisu untuk membaca, mungkin juga boleh tapi dalam hati je lah nak keluarkan tak mampu sebab tiada suara.

Berbalik pada kisah Azmin tadi, beliau mengatakan desas desus bahawa beliau mahukan jawatan Menteri Besar adalah propaganda UMNO dan BARISAN NASIONAL. 

Cuba tengok tu, mereka tetap akan menyalahkan Barisan Nasional dan UMNO untuk menutup kesalahan mereka fan inlah permainan pakatan pembangkang selama ini.