Sayang sekali bila kita melihat anak anak muda yang sepatutnya belajar dan menuntut ilmu agar menjadi kebanggaan kepada ibu bapa turun ke jalan raya untuk dipergunakan oleh pakatan pembangkang.
Apa perasaan ibu dan bapa mereka setelah melihat anak yang diharapkan dapat membantu keluarga dimasa hadapan dipergunakan dan diperkudakan oleh pakatan pembangkang ?
Tidakkah mereka merasa kecewa setelah melihat semua ini berlaku keatas anak mereka yang sanggup berpanas dan terpekik terlolong demi untuk kepentingan politik sirakus yang dahagakan jawatan?
Hari ini mungkin mereka dianggap wira oleh pakatan pembangkang namun setelah mereka (pembangkang) dapat apa yang mereka hajati sudah pasti pelajar pelajar ini akan balik dan dibiarkan begitu sahaja.
Tadi Sangkakala dengar Safwan Anang mengatakan bahawa mereka tidak mewakili mana mana parti dan mereka datang atas nama rakyat Malaysia, siapa yang mereka wakili?
Setahu Sangkakala, rakyat dalam negara ini tidak suka dan tidak merestui apa yang dilakukan oleh mereka iaitu dengan berhimpun dan terpekik di jalan raya.
Mereka juga tadi seolah olah memberikan ugutan sekiranya SPR tidak dirombak maka mereka akan turun sekalilagiminggu hadapan dijalanraya, ini satu ugutan yang dilihat tidak sepatutnya diberikan oleh pelajar kepada agensi yang mengurus tadbir pilihanraya di Malaysia.
Pada Sangkakala, lebih baik mereka ini meneruskan pelajaran dan menimba ilmu sabanyak mungkin kerana satu masa nanti ilmu itu amat berguna untuk mereka memajukan negara ini.
Sangkakala juga sempat mendengar seorang wakil dari kaum cina berkata kepada para pekerja kerajaan di kompleks C bangunan kerajaan tadi bahawa mereka yang berkhidmat dengan kerajaan itu semuanya pengampu.
Ini juga satu perkara yang Sangkakala rasa tidak patut dilakukan oleh mereka kerana mereka yang bekerja di bangunan tersebut memberikan khidmat kepada masyarakat dan mereka tidak terlibat dalam politik, jadi kenapa perlu mereka dilibatkan sama?
Adakah kerana mereka (pekerja awam) tidak mengikut kehendak pembangkang dengan turun ke jalan jalan raya mengikut seperti apa yang mereka lakukan selama ini?
Apa apa pun tindakan para pelajar ini tidak patut dilakukan tambahan pula ianya adalah kerana politik semata mata