Nak tergelak pulak Sangkakala tengok poster ni, nak adakan rapat umum mebantah pilihanraya yang diadakan baru baru ni di Pulau Pinang, yang peliknya Guan Eng pun ada sekali tu, bukan ke dia kelam kabut nak angkat sumpah jadi ketua menteri baru baru ni?
Bila pakatan pembangkang kata nak buat himpunan rakyat tolak penipuan pru 13 Sangkakala rasa macam pelik sikit sebab Pulau Pinang kini diperintah oleh pakatan pembangkang dan ketua menterinya dari DAP.
Adakah DAP menipu kemenangan mereka di Pulau Pinang tempoh hari atau mereka mengimport pengundi hantu dari luar seperti yang selalu didakwa oleh pakatan pembangkang kepada Barisan Nasional.
Sangkakala ada terfikir juga perkara ini mungkin terjadi maklumlah kalau dari bangla senang sangat orang nak kenal, tapi kalau dari cina mungkin agak susah sikit bukan? Sebab utamanya muka orang cina Malaysia dan vina di China adalah serupa dan takde siapa boleh kesan kalau perkara ini berlaku.
Tapi itu hanyalah tanggapan Sangkakala, kecekapan SPR dalam melaksanakan pilihanraya telah mendapat pujian dari negara luar yang mengatakan bahawa pilihanraya di negara ini adalah yang terbaik dan penuh dengan demokrasi.
Cuma yang peliknya bila Anwar sendiri sahaja mengayakan ianya ada unsur penipuan.
Sangkakala teringat pula zaman kanak kanak dulu, bila kena ke kita semua tak aci tapi bila kawan kita pulak terkena bermati matian kita mengatakan bahawa perkara itu betul dan Anwar sekarang sedang dilema pengembalian zaman kanak kanaknya mungkin.
Adalah sesuati yang amat memalukan apabila Anwar bersikap seperti kanak kanak dan lebih memalukan apabila pakatan pembangkang membantah pilihanraya di negeri yang mereka perintah kini. Apa kata kalau Sangkakala cabar Guan Eng untuk bubar DUN Pulau Pinang dan diadakan pilihanraya semula, agak agaknya berani tak?
Sangkakala tak yakin yang Guan Eng akan mempunyai keberanian sebegitu kerana beliau amat mengharapkan kemenangan beliau di Pulau Pinang untuk kekal menjadi ketua menteri.
Guan Eng dan DAP kini dilihat membiarkan sahaja Anwar membawa pengikut pakatan pembangkang turun untuk melakukan demonstrasi di merata tempat kerana keuntungan dari situasi ini akan berpihak kepada DAP.
Jadi untuk apa beliau menahan perkara tersebut dari berlaku? Lebih baik ianya dibiarkan sahaja demi kepentingan serta kekuatan DAP itu sendiri.