Rabu, 8 Mei 2013

ADUN PENBANGKANG MELAKA MELAMPAUI BATAS

Sangkakala ingatkan hanya di Perak berlaku boikot upacara angkat sumpah Menteri Besar, rupanya di Melaka pun sama juga keadaannya.

Belum apa apa pembangkang dah tunjukkan kuasa mereka, kalau mereka memerintah apakan akan ada perubahan dengan kebiadaban mereka ini. 

Pernah berlaku dalam istiadat pengurniaan pingatoleh Sultan Perak yang mana ADUN pembangkang tidak menghormati kehadiran suktan sultan dari negeri lain. 

Itu juga boleh dijadikan contoh dimana mereka ini tidak langsung menghormati institusi Raja Berperlembagaan di dalam negara. 

Persoalannya disini, kerana apa mereka kini amat berani dengan melakukan tidakan seumpama itu? Jawapan yang amat mudah kerana mereka diberi peluang oleh orang orang Melayu itu sendiri. 

Ini tidak akan terjadi sekiranya Melayu itu bersatu untuk mempertahankan keadulatan negara Malaysia.