Rabu, 10 April 2013

#GE13 TERKUBURNYA POLITIK HUSAM MUSA

Siapa kata Anwar ni bijak? Tapi dalam kurang bijak tu pun masih lagi pandai untuk membenamkan orang yang beliau rasa takde kepentingan dalam politik beliau dan PKR, tambahan pula kalau Anwar dapat membayangkan yang orang tu seakan akan menjadi parasit dalam Pakatan Pembangkang.

Tengok saja apa akan jadi dengan Husam Musa, diletakkan di kawaan Parlimen Putrajaya sudah pasti akan mengundang padah kepada beliau kerana semua maklum bahawa putrajaya adalah kubu kuat Barisan Nasional dan di sandang sekarang oleh Setiuasaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur.

Husan kini dilihat sebagai kambing hitam yang diletaakkan untuk disembelih oleh pengikut Barisan Nasional di Putrajaya, walau pun ada kemungkinan untuk mendapatkan undi namun untuk memenangi keriusi tersebut dilihat amat payah dan sukar.

Tapi kenapa Husam diletakkan di Putrajaya? Bukankah ada ramai lagi kepimpinan Pakatan Pembangkang yang hebat hebat untuk diletakkan disitu?

Satu lagi persoalan ialah, adakah Husam merelakan diri beliau diletakkan disitu kerana semua yang berada di Putrajaya (pengundi0 terdiri dari kakitangan kerajaan yang angkanya terlalu sedikit menyokong pakatan pembangkang.

Anwar sengaja meletakkan Husam untuk menguji pertahanan UMNO dan Barisan Nasionala sama ada masih ampuh atau tidak dan jawapannya akan kita lihat seklepas PRU nanti dimana kekalahan Husam akan menguburkan karier poluitik beliau di tanah air.