Selasa, 9 April 2013

#GE13 PESANAN UNTUK SEMUA

Untuk mencapai satu satu kemenangan dalam pilihanraya, perlu ada sikap menyatu padukan semua pihak dan menerima pakai segala kemudahan dan khidmat yang diberikan, ini bagi melangsungkan kesinambungan kemenangan bergaya bagi setiap pilihanraya, kerana jika ianya tersilap percaturan, maka satu gelombang besar akan berlaku tidak kira siapa juga yang menjadi calon untuk di satu2 kawasan itu.

Gelombang yang dimaksudkan ialah peralihan daripada pengundi setia kepada kurang percaya dan yang lebih dahsyat apabila pengikut setia sudah tenggelam punca.

Disini adalah diingatkan kepada semua bakal bakal calon pilihanraya umum ke 13 khususnya dari pada UMNO dan Barisan Nasional supaya berwaspada.

Perdana Menteri telah memberi kata putus yang mana hanya calon mampu menang akan di pilih dan dinobatkan sebagai wakil yang mewakili Barisan Nasional dan itu adalah satu amanah yang amat besar kerana bukan sahaja Perdana Menteri yang memberikan harapan, malah seluruh ahli Barisan Nasional juga begitu.

Kepada para penyokong pula, perlu diingatkan bahawa tidak kira siapa juga calon yang diletakkan atau dinamakan oleh pucuk pimpinan, kita perlu akur kerana itu adalah pilihan terbaik yang diseru oleh pucuk pimpinan parti.

Jangan sesekali ada unsur sabotaj terutamanya bagi mereka yang tidak terpilih atau tersenarai sebagai calon yang mewakili parti.

Jadikan sejarah 2008 sebagai batu sempadan dan jadikan ianya sebagai pengajaran dan janganllah dibiarkan pisang berbuah dua kali, ini kerana yang akan menangung akibatnya mungkin bukan kita, tetapi generasi kita yang akan datang.

Kepada para pengundi yang mengambil sikap berkecuali, pandang pandanglah sama nasib yang bakal menimpa jika bukan kerajaan ini yang menjadi pemerintah.

Kelangsungan kehidupan aman dan damai di masa hadapan perlu dilakukan dan ianya bermula daripada undi anda dimasa kini.

Kita tidak mampu meramal apa akan jadi kehadapan, tetapi daripada hari ini kita mampu untuk mengagak apa yang bakal terjadi.

Kita tidak mampu mengubah masa yang berlalu, namun kita mampu mencorak masa yang mendatang.

Jangan sesekali ada sikap kecewa kepada pemimpin kerana pemimpin itu juga adalah manusia sama seperti kita yang tidask lepas dari kesilapan.

Kepada pemimpin pula, dengar dengarkan teguran dari akar umbi, kerana teguran itu bermakna akar umbi masih memerlukan anda sebagai pemimpin dan janganlah sesekali menjadikan teguran itu sebagai satu virus yang merbahaya kerana hanya virus mampu menentang virus.