Selasa, 9 April 2013

#GE13 NIK AZIZ UMAT SYAITAN ???

Penasihat Minda Pondok, Abdullah Sa'amah yang menggelar mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai individu yang takbur dan taksub sebagai umat syaitan dan bukan umat nabi Muhammad.

Berat tuduhan yang diberikan ni, tapi Sangkakala taqk mau kata apa apa sebab yang bercakap tu ulamak dan seharusnya beliau lebih tahu dengan apa yang beliau katakan.

Nanti kalau Sangkakala cakap lebih lebih nanti apa pulak kata orang.

Tapi bukan nak kata la, Nik Aziz kini terlampau taksub dengan apa yang dikatakan oleh DAP dan PKR, apa sahaja yang dikatakan oleh dua parti sekutu PAS tersebut semuanya benar di mata PAS.

Tapi untuk UMNO yang sudah termaktub dalam perlembagaannya untuk orang Melayu dikatakan dan dituduh dengan pelbagai tuduhan, hingga sanggup mengatakan bahawa UMNO itu adalah kafir dan solat orang UMNO tidak mendapat pahala.

Siapa Nik Aziz yang nak berkata tentang pahala solat?

Adakah beliau dapat memastikan bahawa solat orang PAS mendapat pahala dan di redhai oleh Allah?

Pemimpin taksub sebegini amat merbahaya untuk agama Islam kerana mereka sanggup melakukan apa sahaja demi untuk mencapai matlamat untyuk memerintah.