Sejak kebelakangan ini dapat kita semua lihat bahawa ada segelintir dikalangan kakitangan kerajaan yang menyokong pembangkang, mungkin dikalangan mereka ini melihat kepada gula gula yang dicanangkan oleh pemvangkang selama ini.
Apa akan jadi dengan nasib kakitangan kerajaan jika perkara sebegini terjadi?
Walaupun sudah terang dan nyata perkara ini akan berlaku namun masih juga terdapat kakitangan kerajaan yang menyokong pembangkang dan ini tidak mustahil kerana ada perkara yang mereka lihat tetapi tidak dikaji secara halus atau dalam ertikata lainnya terlalu melulu mengikutkan hati.
Jadi kepada kakitangan kerajaan, kajilah semula apa yang ada dalam fikiran anda, terlalu banyak yang diberikan oleh kerajaan kepada anda semua.