Rabu, 3 April 2013

#BN4Malaysia ANTARA KEJAYAAN PAKATAN PEMBANGKANG

Dah nampak kejayaan mereka diatas tu? Masih nak ikut lagi ke wahai PAS? Tak ke terasa diri tu diperkuda dan dipergunakan oleh DAP yang sentiasa menagih kuasa dan dengaj kuasa itu juga akan menghapuskan kuasa melayu yang ada di bumi Malaysia ni.

Agak pelik juga sebab dalam PAS tak kurang cerdik pandai, tapi nampaknya kurang bijak dalam memilih yang mana satu intan yang mana satu kaca.

Kerana terlaku ingin memiliki jawatan dan kedudukan PAS akhirnya tersembam di kaki DAP yang akan memerah kekuatan mereka demi untuk mencapai objektif politik yang diidam kan selama ini.

Takkan begitu buta mata para pemimpin PAS yang selama jni dikatakan bijak pandai dan begitu berilmu dalam segala hal.

Pernah ke sesiapa diantara pemimpin PAS yang berani mengatakan bahawa mereka telah melakukan solat istikharah dalam soal memilih siapa yang harus mereka ikuti dalam politik?

Atau mereka memang pernah melakukan itu namun hakikat yang sepatutnya di terima dibiarkan begitu sahaja kerana kuasa?

Fikir fikirkanlah, jika PAS mempunyai masa yang banyak untuk melakukan solathajat dengan berdoa KO UMNO dan BN maka lapangkanlah sedikit masa untuk istikharah dan luangkan sedikit masa untuk meminta petunjuk dari Allah supaya senang berurusan.