Sabtu, 6 April 2013

AKHIRNYA ANWAR MENGALAH

Mungkin sebab tengok semangat orang Perak untuk menyambut kedatangan Anwar Ibrahim ke negri ini maka beliau mengambil keputusan untuk kekal bertanding di kawasan Permatang Pauh.

Bukan kerana semangat nak memenangkan Anwar, tetapi semangat untuk melihat beliau pencen dari arena politik lebih kuat hingga memaksa Anwar menarik diri dari bertanding di Perak.

Baru kena gempak sikit dah mencicit Anwar lari, belum lagi pemimpin yang nam bertanding dengan beliau menyergah, baru anak anak buah je dah tak jadi nak masuk ke negeri Perak.

Tapi apa yang Sangkakala nampak pula lain, Anwar bijak mengatur strategi dengan awal awal menendang Lim Kit Siang untuk bertanding di Gelang Patah dan dengar cerita tempat Kit Siang di Ipoh Timor digantikan dengan Thomas Su.

Alamat kena ganyang pulak Thomas di Ipoh Timor, kalau dulu Ipoh Timor adalah tempat dimana DAP jadikannya sebagai kerusi pertahanan, kini nampaknya Thomas kena bungkus tikar bantal dan berpindah ke tempat lain pila nanti.

Apa pun tahniah buat anak anak Perak tak kira apa bangsa sekali pun kerana telah mengejutkan Anwar daripada lena, jangan suka suka nak masuk ke negeri orang tanpa usul periksa.