Sabtu, 6 April 2013

MUJAHID TUKAR PROFESION JADI NELAYAN

Belum pilihanraya YB Mujahid awal awal dah tempah profesion sebagai nelayan pulak, mungkin dia dah nampak banyak keuntungan yang nelayan perolehi agaknya ni.

Mana tidaknya, sepanjang beliau menjawat jawatan sebagai wakil rakyat, pelbagai bantuan diperolehi oleh nelayan setempat tapi kena ingat lah, bantuan tu bukan dari Mujahid, semua bantuan tu diperolehi melalui Majlis Pembangunan Pertanian yang mencecah nilai jutaan ringgit.

Tapi apa pula yang ahli parlimen PAS ni buat kat dalam dewan rakyat tu? Takkan tidur atau dengar je kot tanpa membawa usul pembangunan nelayan di kawasan beliau, apa guna jadi ahli parlimen kalau semua tu tak dibawa?

Majlis Pembangunan Pertanian kawasan Parit Buntar di pengerusikan oleh Tuan Haji Saleh Mat Disa yang juga merupakan pemangku ketua UMNO bahagian dan Sangkakala dengar beliau selalu turun padang melawat para nelayan mendengar rintihan mereka dan seterusnya membawa perkara tersebut ke peringkat kepimpinan kerajaan.

Kalau dah semua UMNO dan Barisan Nasional yang buat, baik tak payah pilih depa ni jadi ahli parlimen, buat penuh dewan je buat apa?

Baru sekarang le Yb Mujahid turun selingsing seluar kononnya nak tau masalah nelayan di kawasan Parit Buntar sedangkan masalah nelayan banyak telah diselesaikan oleh UMNO melalui Majlis Pembangunan Pertanian atau MP3 kawasan.

Jadi masalah apa lagi yang YB Mujahid nak pantau? atau masalah nak merayu undi daripada nelayan?

Nelayan hari ni bukan bodoh YB, walaupun berpanas berembun di tengah lautan, maklumat tetap sampai kepada mereka dan mereka sendiri sudah menyaksikan dengan mata kepala mereka bahawa UMNO dan Barisan Nasional yang selama ini datang menjengah untuk menghulurkan bantuan.

Sangkakala dengar bantuan perumahan juga turut diberikan kepada nelayan, bukan sikit pula dengar kata sampai RM 10 ribu bagi setiap rumah yang bermasalah dan bantuan tersebut juga sudah diberikan.

Tak nampak Sangkakala apa masalah yang cuba di selidik oleh YB Mujahid daripada para nelayan, tapi mungkin juga ada segelitir nelayan ni yang mengikut PAS cuma Sangkakala rasa, semasa pemberian bantuan tu dulu tak pula ditanya depa ni ahli parti mana? Asalkan berdaftar dengan persatuan nelayan semua sama rata dapatnya.

Jadi jangan le nak tunjuk baik sangat YB, rakyat dah tau siapa yang buat kerja dan siapa yang duduk saja membesarkan badan.