Isnin, 4 Ogos 2014

SIAPA @rizalhashim801 NAK PERTIKAI PERLANTIKAN NORZA SEBAGAI BENDAHARI #FAM ???

Rupanya yang pertikai perlantikan Dato Norza Zakaria sebagai Bendahari FAM yang baru ni juri antarabangsa FIFA.



Agaknya Rizal Hashim terlupa diantara pengurusan dengan perlawanan adalah dua perkara yang berlainan sampai nak pertikai perlantikan Norza sebagai Bendahari FAM yang baru.

Dah jadi juri tu buat je lah kerja juri tak payah sampai nak pertikai perlantikan dalam pengurusan dan rasanya adalah lebih baik jika juri antarabangsa ni meningkatkan prestasi beliau sebagai juri sampaI ke peringkat boleh mengadili perlawanan bolasepak piala dunia dan biarkan pengurusan buat kerja kerja untuk menguruskan pasukan bola sepak negara.

Sebagai seorang juri, tak semestinya Rizal Hashim mampu untuk mengemudi pengurusan persatuan bola sepak Malaysia dan kalau nak dipertikai tentang perlawanan rasanya jurulatih dan pengurus pasukan yang perlu dipertanggungjawabkan.

Sangkakala disini nak bagi tau pada Rizal Hashim bahawa Norza mempunyai kekuatan untuk mencari sunber kewangan bagi pasukan bola sepak Malaysia dan itu adalah amanah yang dipertanggungjawabkan kepada beliau setelah menjawat jawatan tersebut.

Tidak ada masalah langsung yang Sangkakala nampak sampai juri nak pertikai bendahari sebab yang membawa kepada kemenangan seperti yang Sangkalala katakan tadi ialah jurulatih serta pengurus pasukan dan bukannya bendahari atau pengurusan dan dua perkara ini rasanya Rizal perlu faham dan kalau tak faham, bawa bawa bertanya dengan orang yang lebih memahami.

Seperti yang ditulis dalam laman twitter milik Rizal bahawa perlantikan jangan melibatkan politikus, politikus yang macam mana dia maksudkan ni? Adakah Norza menjawat jawatan menteri atau sebagainya dan dari apa yang Sangkakala nampak dan seperti yang Sangkakala tulis dalam artikel sebelum ini, kelayakan Norza sebagai Akauntan rasanya memadai untuk beliau menjawat jawatan tersebut dan kawayan dalam ISN atau BAM bukanlah sebagai kayu pengukur untuk menidakkan beliau dilantik sebagai bendahari.

Setahu Sangkakala juga, perlantikan Bendahari adalah kuasa Presiden FAM dan itu adalah hak Presiden untuk melantik sesiapa sahaja menjadi pegawai dalam persatuan dan rasanya tak perlulah nak pertikai lebih sangat.

Setuju atau tidak, itu tak perlu disebut dan apa yang penting ialah, jalankan tanggungjawab masing masing, pengurusan biarlah dengan cara pengurusan.

Bak seperti kata kata dialog yang disebut oleh Singh pengawal dalam filem Seniman Bujang Lapok arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramli "lu punya nasib lu makan..dia punya nasib dia makan".



4 ulasan:

Unknown berkata...

Bagaimana andai kata rizal hashim benar?

mohd amar abdullah berkata...

Siapa sangkakalajari9? Kawan baik Awie? Hehehe

Benjamin Netangoogle berkata...

Bila jihad membela Yahudi Zionist nak buat? Stock minyak sawit Yahudi dah nak abis, bila nak hantar stock baru? UMNU BARUa ngan Yahudi berpisah tiada...! Huhuuuu

Unknown berkata...

layak atau tidak seseorang biar dia buat kerja dahulu..ini belum buat kerja dah pertikai..mmg atas dasar ape yg mempertikai perlantikan datuk norza.....kita sebagai peminat sukan bola sepak malaysia....harus positif atas perlantikan beliau..mungkin dengan lantikan memberi impak.yg berbeza dari bendahari yg lama...jgn jadikan sejarah beliau sebagai modal kita mempertikai.perlantikan beliau..aku percaya datuk norza boleh menjalankan.tugas dengan.baik