Ahad, 3 Ogos 2014

#FAM NORZA ZAKARIA DI PERTIKAI KERANA MENJAWAT JAWATAN BENDAHARI

Hairan juga Sangkakala dengan kerenah bebetapa orang pengguna laman media sosial yang asyik nak mempertikai perlantikan seseorang menjawat jawatan.

Semalam Dato' Norza Zakaria telah dilantik sebagai bendahari Persatuan Bola Sepak Malaysia atau FAM dan bermulalah episod hentaman dari beberapa orang yang mungkin atau memang tidak berpuas hati dengan beliau.





Apa masalah kalau Norza dilantik sebagai Bendahari FAM? Beliau juga rasanya berpengalaman dalam bidang sukan dan kini menjawat jawatan sebagai Pengerusi Institut Sukan Negara dan Timbalan Presiden BAM atau Persekutuan Badminton Malaysia, jadi kalau dalam kesukanan rasanya beliau cukup berpengalaman jadi apa masalahnya?

Dibawah pula Sangkakala masukkan serba sedikit tentang Norza yang Sangkakala rasa layak menjawat jawatan tersebut kerana beliau merupakan seorang akauntan bertauliah dan profesional dan kelayakan ini sudah pasti membolehkan beliau memegang serta menjalankan tanggungjawab dengan lebih sempurna.

Sebagai seorang akauntan bertauliah, Dato' Norza memulakan kerjayanya dengan Arthur Andersen & Co., dan telah memegang jawatan di peringkat pengurusan, eksekutif dan pengurusan atasan di Bank Negara Malaysia, Petronas, SPK Sentosa, Mun Loong Berhad dan Gabungan Strategik Sdn Bhd.

Dato' Norza juga merupakan ahli lembaga pengarah kepada beberapa syarikat awam di Malaysia yang berprofil tinggi serta merupakan Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif bagi syarikat Citaglobal Sdn Bhd yang ditubuhkannya pada tahun 2008 yang mempunyai pegangan dalam pelbagai aktiviti perniagaan antaranya bidang kejuruteraan, hospitaliti, pengangkutan dan media teknologi.

Kini, beliau menganggotai Lembaga Pengarah Bintulu Port Holdings Berhad, [4]TH Heavy Engineering Berhad, Pelikan International Corporation Berhad, Bintulu Port Sdn Bhd, THHE Fabricators Sdn Bhd, Berlian McDermott Sdn Bhd dan Samalaju Industrial Port Sdn Bhd. [5]Beliau juga pernah memegang jawatan yang sama dalam Lembaga Urusan Tabung Haji, Institut Terjemahan Negara Malaysia (sekarang Institut Terjemahan dan Buku Malaysia) dan PT XL Axiata Tbk (yang dahulunya dikenali sebagai PT Excelcomindo Pratama Tbk).

Baca lagi tentang Norza DISINI....

Jadi kepada yang asyik nak menghentam tu agak agak le sikit, mungkin bagi mereka ni perlantikan ni hanya akan kena pada tempatnya jika mereka yang dilantik, kalau orang lain yang diletakkan semua tak kena semua tak betul.

Kalau nak menghentam pun cari alasan kukuh dan bagi Sangkakala kalau Norza hanya mempunyai pengalaman sebagai kerani penghantar di pejabat daerah mungkin juga la Sangkakala akan bersetuju dengan kritikan yang dibuat oleh mereka mereka yang Sangkakala senaraikan dalam gambar di atas tadi.


5 ulasan:

Awanama berkata...

NORZA ZAKARIA..
kenapa mesti dia yg dilantik...?
mungkin ada TERlupa siapa dia ni semasa dia aktif dlm politik.. dia pernah digantung dlm umno, kenapa..? politik WANG WANG WANG.. dia ni proksi KJ... wlupun dia ni ada bnyk pengelaman dlm bidang pengurusan n ahli lembaga atau pengarah bagai.. tak semestinya dia ni layak utk dilantik.. lihat / renung masa dia buat rasuah politik / wang... adoi...
saya pernah bangkitkan dulu, KJ tengah mempersiapkan pencacai2 dia semula bagi lebih menguatkan kedudukan dia dalam umno / kerajaan.. saya percaya perlantikan dia ni mesti dgn campur tangan KJ... tolonglah..
FAM tengah nazak ni... jgn lah diranapkan terus..
panas lah.. panas....!

Awanama berkata...

Kalau lantik kawan u and takda kelayakan dan pengalaman x ranap lah FAM, apa punya pemikiran laaa Ince ni

Awanama berkata...

sekali dah terbabit kesalahan rasuah orang akan ingat sampai bila2 tau..

Awanama berkata...

cari lah org lain yg takda kontroversi ramai lg yg layak.. bkn dia sorang je yg ada kelayakan.. itulah masalah umno balik2 org yg sama.. naik jemu dah..

Awanama berkata...

Fam Bangsat
Pilih puak2 kaki rasuah
Tak kira lah dia ada pengalaman atau tidak
kalau kaki tibai duit
lagi2 dtg dari geng2 keris
Memang lah akan rosak organisasi