Ahad, 3 Ogos 2014

HUSAM MUSA TAK PEDULI SENSITIVITI MASYARAKAT #MH17 #MH370

Dalam rakyat Malaysia berduka dengan beberapa insiden yang berlaku dalam tahun ini yang menimpa negara, kebanyakan pemimpin kerajaan Barisan Nasional mengambil pendekatan untuk membatalkan acara acara keramaian dan sebagai contoh rumah terbuka untuk sambutan hari raya juga dibatalkan untuk menghormati keluarga mangsa pesawat MH17 dan MH370.

Tapi dalam pada masa sama, pemimpin PAS seolah olah tidak mempedulikan semua itu malah sambutan hari raya disambut dengan penuh meriah hinggakan ada yang membuat cabutan bertuah dan sebagainya.


Mungkin akan ada yang mengatakan bahawa itu adalah hak individu bagaimana cara untuk mereka mengadakan sambutan hari raya, tapi bagi Sangkakala pula sambutan yang diadakan janganlah terlalu meriah kerana dalam kita bergembira secara berlebihan, ada di kalangan rakyat negara kita yang berduka diatas kehilangan ahli keluarga tersayang seperti contoh keluarga penumpang dan krew pesawat MH17 yang ditembak jatuh serta pesawat MH370 yang masih belum ditemui dimana kedudukannya.

Perdana Menteri sendiri telah membatalkan rumah terbuka menteri kabinet disebabkan menghormati keluarga mangsa yang terlibat dalam kedua dua nahas berkenaan.

Apakah mereka ini tidak langsung memikirkan perasaan orangblain hingga mengadakan rumah terbuka sampai mengadakan cabutan bertuah kepada para hadirin? Fikir fikirkanlah apa yang akan mereka fikirkan dan apa yang dirasakan oleh mereka yang sedang bersedih dan berduka.


Tiada ulasan: