Ahad, 10 Ogos 2014

#sultanmurka #langkahkajang KENYATAAN NOH OMAR TENTANG KRISIS MENTERI BESAR SELANGOR

Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, kemelut politik kerusi Menteri Besar Selangor sudah boleh dijangka dengan pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai ahli PKR serta-merta.

             
Katanya, walaupun jalan cerita sudah sampai ke penghujung kerana skrip tersebut memang sudah ada, tetapi masih ada episod baru yang lebih mengujakan iaitu pendirian Pas mengenai kedudukan Abdul Khalid.
            
"Episod seterusnya terletak pada Pas. Sama ada mereka terus sokong Abdul Khalid seperti mana pendirian mereka sebelum ini atau menarik balik sokongan mereka.
             
"Pada masa yang sama, sekiranya mereka ikhlas, mereka boleh mempelawa Abdul Khalid menyertai parti itu kerana kedudukan menteri besar yang kini menjadi Adun bebas," katanya, semalam.
             
Noh berkata, walaupun Abdul Khalid disingkir daripada PKR namun beliau boleh kekal sebagai ketua kerajaan negeri kerana pelantikannya sah menurut Perlembagaan.
               
"Inilah kali pertama dalam sejarah Selangor, menteri besar adalah Adun Bebas. Namun begitu Umno Selangor mengambil pendirian tunggu dan lihat sahaja drama ini," katanya.

SUMBER


Tiada ulasan: