Isnin, 18 Ogos 2014

HADI AWANG DICABAR OLEH KEKUATAN ANWARINAS DALAM PAS #langkahkajang #sultanmurka

Kemelut perebutan kuasa sebagai Menteri Besar di Selangor nampaknya akan berakhir tidak berapa lama lagi dan ada kemungkinan besar bahawa pilihanraya negeri akan berlaku.


Ini semua disebabkan oleh ketaksuban PAS selama ini yang membawa ahli ahli PKR untuk menjadi pengikut mereka hingga pada hari ini kita dapat melihat bahawa PAS sudah tak mempunyai kekuatan lagi dalam menentukan keputusan sepertimana PAS yang terdahulu.

Kalau dulu PAS dilihat mampu untuk berdiri di atas kaki sendiri, kini PAS hanya sebagai penumpang yang akan mengikut sahaja kemana mereka akan dibawa oleh pemandu.

Sangkakala dengar menurut satu sumber siang tadi mengatakan bahawa hanya 10 daripada 37 orang AJK PAS pusat yang bersetuju dengan cadangan Presiden parti tersebut supaya mengekalkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, manakala selebihnya tidak mengikut keputusan tersebut.

Adakah kini sudah terdapat 2/3 daripada AJK PAS pusat adalah pengikut PKR? Sangkakala tidak rasa begitu walaupun ada kemungkinan sesetengah dari mereka berkemungkinan memang pengikut PKR atau lebih tepat sebagai pengikut Anwar Ibrahim dan mereka ini di tempatkan didalam PAS untuk menguasai kepimpinan yang sedia ada.

Sangkalala amat yakin bahawa Haji Hadi tidak merestui PKR meletakkan Wan Azizah atau Azmin Ali atau sesiapa sahaja memandangkan dari kenyataan parti tersebut bahawa Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar tidak perlu digantikan dengan orang lain tanoa alasan yang kukuh tambahan pula dengan alasan alasan jumud seperti salah laku dalam pentadbiran dan sebagainya.

Haji Hadi juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa sekiranya Khalid Ibrahim didapati bersalah oleh mana mana pihak berkuasa yang mengayakan bahawa beliau telah menyalahgunakan kuasa, maka barulah PAS akan bertindak dengan menyokong calon Menteri Besar yang lain.

Dan kenyataan ini telah disokong oleh Nik Aziz selaku mursyidul am PAS yang jelas menujukkan bahawa PAS menolak secara keseluruhan tentang pertukaran Menteri Besar di Selangor bagi menggantikan Khalid.

Tapi dengan kekuatan 27 orang AJK PAS pusat, maka suara Hadi Awang selaku Presiden tidak lagi boleh digunapakai memandangkan jika 27 orang AJK PAS pusat ini jika membuat undi tidak percaya terhadap Hadi, maka besar kemungkinan beliau terpaksa atau dipaksa untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden PAS dan tempat beliau akan digantikan oleh Mat Sabu yang kini menjawat jawatan sebagai Timbalan Presiden.

Sangkakala membuat rumusan ini berpandukan dari apa yang telah dikhabarkan kepada Sangkakala bahawa Haji Hadi sendiri tidak mengikuti satu sidang akhbar yang dilakuka  oleh kepimpinan PAS pusat selepas bermesyuarat semalam dan jelas bahawa Hadi Awang tidak bersetuju dengan apa yang diputuskan oleh mesyuarat hingga beliau membiarkan Mat Sabu mengepalai sidang media berkenaan.

Jika PAS terus berada dalam keadaan ini, Sangkakala nampam bahawa kehancuran PAS JAWI akan berlaku dan PAS RUMI akan mengambil alih tampuk pemerintahan dalan kepimpinan PAS.

Persoalannya sekarang, adakah PAS masih mampu untuk bertahan dengan keadaan sedia ada dimana keputusan Presiden dan Majlis Syura nampaknya diketepikan oleh pengikut Mat Sabu dan Anwarinas dalam parti berkenaan?

Berapa orang yang sanggup untuk kehadapan membantah apa yang telah dilakukan oleh Mat Sabu siang tadi yang dikhabarkan memonopoli kekuatan sokongan AJK PAS pusat mengatasi Presiden PAS sendiri?

Nampaknya tiada seorang pun yang berani untuk tampil kehadapan menyanggah keputusan Mat Sabu dan pengikut beliau dalam PAS.

Adakah nanti Hadi akan berjalan keseorangan seperti kapten kapal yang telah di tawan oleh anak kapalnya sendiri? Kita saksikan episod episod yang akan datang dan kita lihat apa yang berlaku dan apa yang pasti sekarang ni, kekuatan Anwarinas dalam PAS sudah jelas dan ahli ahli PAS yang masih setia perlulah bersedia untuk dijadikan kambing golek dan santapan puak puak berkenaan.


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kami penyokong-penyokong PAS di Selangor akan tetap menyokong TGHH sebab kami tahu TGHH telah dihimpit olih kumpulan Anwarinas dengan begitu hebat sekali sehingga tidak terdaya untuk melawan balik. Kami ahli-ahli PAS sangatlah malu pada penyokong parti lawan sebab kerana kumpulan Anwarinas inilah TGHH telah dicaci dan hina dengan begitu dahsyat sekali. Kami akan buktikan dalam PRN nanti (jika diadakan) bahawa pihak kami lebih berkuasa untuk menentukan pihak mana yg kami mahu untuk menjadi pemerintah. Kali ini kami telah sedar bahawa kami perlu menolak kumpulan-kumpulan yg munafik, rasuah, zalim, tidak sayangkan agama, kronisme dan nepotisme. Insyaallah!!!

megat faris berkata...

Ihdinasyirathalmustaqimm....

Tanpa Nama berkata...

Yg umgok yg bkokok lebih apsal???
Kemarok sgt konon kalo wat pilihan raya negeri bleh menang la konon..piraahhh...
Aku tetap pgkah PAS-PKR-DAP....
Lalalalala.....

Keralla Kutty berkata...

Sekarang saya sudah tarik balik yitu saya punya sokongan sama yitu Najid tarak guna punya worang pasal dia sudah kai rosak sama perpaduan kaum, yekonomi dan kewangan negara la.. Itu la saya punya komen...! Kah kah kah..

Tanpa Nama berkata...

Adalah malang sekali akhirnya golongan ulamak telah diperbodohkan oleh kumpulan anwarinas.Org UMNO tidak pelik kerana ini strategi yg digunakan oleh anwar pengkhianat dalam mengkucar-kacirkan UMNO sedikit masa lalu tapi Allah masih sayangkan UMNO dari manusia bernama ANWAR.

buluh jepun berkata...

Sedarlah ahli-ahli PAS bahawa Anwar merupakan pentualang bangsa n agama bak ibarat anak buluh betong.