Yb Iskandar nampaknya telah menderhaka keatas apa yang diarahkan oleh PKR dan DAP tentang usaha untuk memboikot mesyuarat Ahli Majlis Jawatankuasa negeri.
Dalam Malaysiakini pagi tadi ada menulis bahawa 3 orang EXCO dari PAS dilihat telah hadir ke pejabat di Bangunan SUK negeri dan YB Iskandar tidak lagi kelihatan.
Rupanya YB Iskandar dah ada dalam bangunan dan beliau datang awal mendahului lain lain EXCO dari PAS.
Itu sebab Sangkakala kata Yb Iskandar dah menderhaka terhadap PR lebih lebih lagi terhadap Anwar Ibrahim yang seolah olah mendahului Sultan dalam perlantikan Menteri Besar Selangor.
Ini sudah pasti membuatkan Anwar bertambah marah terhadap PAS tambahan lagi apabila keinginan beliau kali ini tidak diambil kisah oleh parti berkenaan malah mereka bertindak seperti tiada apa yang berlaku.
Tapi Sangkakala juga bersetuju dengan tindakan PAS yang mengambil pendekatan untuk terus hadir dan menerima jawatan EXCO kerana mandat rakyat yang diberikan pada PRU13 yang lalu perlulah dilaksanakan dan kemelut dalam PKR sebenarnya adalah masalah dalaman dan perjalanan kerajaan tidak seharusnya terhenti dengan permasaalahan tersebut.
Kerakusan Anwar Ibrahim telah cuba mengheret perjalanan kerajaan negeri dan ini sebenarnya akan menyusahkan rakyat dalam menyelesaikan masalah pentadbiran dalam negeri Selangor.
1 ulasan:
Kajang Move is the worst poison...., Khalid Move is the best antidote.
Catat Ulasan