Khamis, 14 Ogos 2014

#sultanmurka #langkahkajang AMARAN DARI BEKAS AHLI PAS DAN NOTA DARI LOKMAN ADAM

Kemelut yang melanda negeri Selangor kini nampaknya kuab meruncing apabila sudah kedengaran bahawa ada di kalangan ADUN PAS yang mula menyokong Wan Azizah SIKIPAS LIPAS menjadi Menteri Besar Selangor yang baru.

Perkara ini telah mendapat perhatian daripada 2 orang bekas pengikut pembangkang yang telah mengeluarkan kenyataab mereka pada hari ini.

Ustaz Norman Toha yang dulu merupakan Setiausaha Pemuda PAS Selangor telah memberikan amaran kepada Dr Rani yang merupakan bekas Pesuruhjaya PAS negeri sebelum diambil alih oleh YB Iskandar.


Ustaz Norman telah mengatakan bahawa sekiranya Dr Rani mengikut atau menyokong Wan Azizah maka beliau akan mengerahkan semua pengikut Presiden PAS u tuk melakukan demonstrasi di hadapan rumah ADUN tersebut.

Ini mungkin juga berpunca apabila ada ADUN PAS dilihat tidak begitu yakin pendirian mereka untuk mengikuti arahan Presiden parti dan majlis Syura yabg mengatakan bahawa PAS menyokong Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.

Begitu juga dengan bekas tahanan ISA yang satu masa dulu bersama sama dengan PKR, saudara Lokman Nor Adam, beliau juga seperti dapat merasakan sesuatu apabila dua orang ADUN PAS kini seolah olah dibeli atau sememangnya kedua dua ADUN yang dikatakan sekarang menyokong Wan Azizah memang orang orang Anwar ya g diletakkan di dalam PAS tanpa pengetahuan parti itu sendiri untuk menghadapi segala kemungkinan.

Kita ikuti apa kata Lokman Adam tentang hal ini.

NOTA DARI LOKMAN ADAM

Azizah cuma dpt sokongan dari 30 ADUN utk jadi MB. Tapi persoalannya, macamana dia nak adakan sidang DUN utk buat undi tak percaya terhadap TSKI tanpa pekenan Sultan.

Keduanya, macamana dia nak jadi MB kalau Sultan tak nak? Kenapa dia letak satu nama sahaja sebagai calon MB dan tak berikan beberapa nama seperti amalan biasa. Adakah ini bertujuan untuk menghasut rakyat membenci Sultan kerana kononnya Sultan menolak pilihan rakyat? Ini pilihan rakyat atau Anwar.

Ketiga, Kalaupun Sultan bersedia menerima ADUN lain Selain Azizah sebagai MB....adakah kesemua 15 ADUN PAS akan menerimanya? PKR pun belum tentu boleh terima jika nama Azmin umpamanya dicalonkan.

Apa yang jelas hari ini rakyat sudah boleh lihat dengan jelas, PAS sekarang bukan macam PAS dulu yang meletakkan wala' mereka pada Presiden dan Majlis Syura.  Tindakan teman selokap saya semasa di bawah tahanan ISA, Shaari Sungip memang telah lama saya jangkakan.  Walaupun beliau meninggalkan PKR dan menyertai PAS, wala' mereka tetap pada Anwar Ibrahim, begitu juga Mat Sabu, Salahuddin Ayub, Mahfuz, Husam, KJ, Hatta Ramli dan rakan2 Erdogannya yang lain.

Lokman Adam.


Perkara sebegini seharusnya dilihat sebagai sesuatu yang serius memandangkan ADUN PAS kini seolah olah boleh dibeli atau mereka sememangnya menjadi pengikut Anwar sejak dari dulu dan jika benar begitu, Sangkakala tidak terperanjat jika terdapat ramai lagi dikalangan pemimpin dalaman PAS merupakan ahli PKR yang menyelinap masuk untuk menjadi mata dan telinga parti berkenaan serta .ereka mampu untuk menukarka  sesuatu keputusan mengikut kesesuaian Anwar Ibrahim.




4 ulasan:

Afif Farhi berkata...

Tak payah pening2... Biar jer Kak Wan jd MB... Jantan2 Selangor dah pupus

Tanpa Nama berkata...

Wan azizah x layak jd MB,,pemikiran nye agak lembab,mcmana nk mentakbir negeri..dlm parlimen pn x boleh nk bercakap..

Tanpa Nama berkata...

Wan azizah x layak jd MB,,pemikiran nye agak lembab,mcmana nk mentakbir negeri..dlm parlimen pn x boleh nk bercakap..

Tanpa Nama berkata...

Lembu umno