Khamis, 7 Ogos 2014

PAS CETUSKAN KEMARAHAN ANWAR IBRAHIM #langkahkajang

Majlis Syura PAS semalam bermesyuarat dan telah menetapkan bahawa penggantian Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak disokong oleh parti tersebut selagi tidak ada kes yang mensabitkan beliau dengan salah laku atau pecah amanah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai Menteri Besar Selangor oleh pihak berkuasa.

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Tuan Guru Nik Aziz dan Dato Harun Din yang merupakan mursyidul dan timbalan mursyidul am PAS.


Nampak gayanya PAS sengaja mencari kemarahan Anwar Ibrahim sebab dia nak sangat Wan Azizah jadi Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Khalid Ibrahim.

Dan sekarang keputusan Majlis Syuran
pula jelas menyokong Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar jadi disini nampaknya Anwar dah checkmate.

Tapi tindakan Majlis Syura sebenarnya adalah amat tepat kerana rata rata rakyat Selangor juga memperkatakan tentang Menteri Besar yang tidak sepatutnya dikeluarkan atau dilucutkan jawatan sebagai Menteri Besar.


1 ulasan:

Mamu Komtar berkata...

Mami, mami... betoi ka bekaih ketua parti Gerakan nu join sekali sukan telanjang tu...? Sukan romen2 pun ada jugak ka..? Bukan apa tanya,..saja nak tau...! Umok 50 lebih pun nak tayang jugak no..! Begetah kooot..?!