Rabu, 13 Ogos 2014

GEMPAR !! EXCO PAS TAKKAN DATANG MESYUARAT ESOK #langkahkajang #sultanmurka

Esok dijadualkan akan berlangsungnya mesyuarat exco lantikan Menteri Besar Selangor yang baru dan dikhabarkan PKR dan DAPNtelah mendesak agar exco exco dari PAS berkenaan tidak menghadirkan diri dalam mesyuarat tersebut.


Tapi kenapa DAP dan PKR beriya sangat nak mendesak exco dari PAS supaya jangan menghadirkan diri? Bukankah menjadi tanggungjawab seorang exco menghadiri mesyuarat bagi menjalankan tanggungjawab serta amanah yang telah diberikan oleh rakyat.

Masalah dalaman PKR sepatutnya tidak dibawa kedalam pentadbiran kerajaan dan Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor telah diperkenan oleh Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor untuk menjadi Menteri Besar dan tanggungjawab ini pwrlu digalas sebaik mungkin demi kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

Rakyat Selangor telah memberikan mandat untuk pakatan rakyat memerintah Selangor dan apabila perkara atau permasaalahan berlaku didalam parti mereka sendiri, rakyat Selangor nampaknya diheret sama.

Tapi esok juga sebenarnya adalah penentu dimana kita akan melihat sama ada PAS benar benar ikhlas untuk menyokong Khalid sebagai Menteri Besar atau sebaliknya.

Sangkakala tertarik dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Nik Aziz baru baru ini kepada Khalid sewaktu perbincangan diantara Menteri Besar Selangor tersebut dengan beliau.

Nik Aziz ada mengatakan kepada Khalid supaya jangan melayan ahli politik munafik dan teruskan kerja sebagai Menteri Besar Selangor.

Setahu Sangkakala, salah satu tanda tanda orang munafik ialah memungkiri janji dan janji PAS kepada Khalid ialah PAS akan tetap menyokong Khalid sebagai Menteri Besar Selangor selagi beliau tidak didapati bersalah oleh pihak berkuasa dalam tuduhan terhadap beliau oleh pemimpin PKR.

Jadi esok kita boleh lihat sama ada exco dari PAS akan hadir atau tidak, sama ada PAS akan menunaikan janji mereka kepada Khalid ataupun tidak atau kita akan melihat orang orang yang digelar sebagai munafik oleh Nik Aziz akan terdedah namanya nanti.


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

blh percaya ke pas ni?

Tanpa Nama berkata...

Boleh percaya. Kalu tidak mereka ini yg dipanggil munafik oleh mereka sendiri. Antara sifat munafik ialah apabila berjanji dia akan mungkiri janji.

Tanpa Nama berkata...

Replace ahli majlis dari parti dappigs and parti anjing!!!!!!!!!