Jumaat, 8 Ogos 2014

#langkahkajang SIAPA MUNAFIK YANG KHALID IBRAHIM MAKSUDKAN ???

Khalid Ibrahim kini memang berada dalam dilema apabila kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Selangor sedang cuba di gulingkan oleh orang orang dalam parti yang beliau ikuti sendiri.

Ini semua adalah berpunca daripada kerakusan manusia bernama Anwar Ibrahim yang begitu beriya iya hendak menjadikan Wan Azizah yang juga merupakan isteri beliau sebagai Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Khalid Ibrahim.


Semalam semasa majlis solat hajat yang diadakan di kediaman beliau di Shah Alam, Khalid ada menyebut tentang pertemuan beliau dengan Nik Aziz dan Nik Aziz ada menasihati beliau agar bersabar dengab munafik munafik yang ada dalam politik di Malaysia.

Dan Nik Aziz juga menasihati agar Khalid tidak mengaibkan mana mana munafik yang telah mengaibkan beliau dengan pelbagai tohmahan sekarang ni.

Bagi Sangkakala, munafik munafik yang disebut oleh Nik Aziz kepada Khalid ini adalah mereka mereka yang dulunya beriya iya mahukan Khalid sebagai Menteri Besar dan kini mereka berpaling tadah dengan menyatakan sokongan pula kepada Wan Azizah bagi menggantikan beliau.

Kita dapat melihat apabila beberapa orang pemimpin peringkat tertinggi PKR telah mengeluarkan pelbagai persepsi tentang Khalid dan ada juga yang telah mengeluarkan kenyataan bahawa Khalid didapati melakukan penyalah gunaan kuasa selama menjawat jawatan Menteri Besar.

Ini semua adalah permainan biasa yang dilakukan oleh pemimpin pakatan, apa bila ada masalah maka mereka akan mula mengatakan bahawa pemimpin tersebut mempunyai pelbagai masalah dalam kepimpinan dan ini juga yang mereka praktikkan terhadap pemimpin UMNO.

Tapi PAS pula baru baru ini mengambil pendekatan dengan tidak mempercayai tuduhan yang dilemparkan oleh pemimpin PKR terhadap Khalid dan mengikut kenyataan Nik Aziz dan Dato Harun Din?, PAS hanya akan menolak kepimpinan Khalid sekiranya beliau didapati benar benar melakukan perkara tersebut dan didapati bersalah oleh pihak berkuasa.

Buat pertama kalinya, Sangkakala mengucapkan tahniah kepada PAS yang jali ini dilihat tidak menerima fitnah terhadap seseorang tanpa bukti kukuh.



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Allah kalau dia berkehendakkan sesuatu pasti akan terjadi, jadi kita hendaklah banyakkan berdoa padanya biar yg terbaik keputusannya

Tanpa Nama berkata...

Kadang kadang lucu juga jika orang Islam meletak sesuatu permainan Politik manusia sebagai kerja atau keputusan Allah.

Mana batasnya, apabila Allah telah berkata, ' kami tidak akan menggubah nasib sesaorang atau sesuatu kaum jika ia atau mereta tidak merubah sendiri.'