Rabu, 6 Ogos 2014

AHLI PAS DAH MULA TUNJUK RASA KECEWA #langkahkajang #sultanmurka

Nampaknya dah ada kelihatan ahli ahli PASNyang mula menyuarakan rasa tidak puas hati dengan perlakuan yang ditunjukkan oleh PKR dan DAP.


Gambar screenshot diatas jelas menujukkan bahawa sudah ada ahli PAS yang merasakan bahawa PAS kini seolah olah menggadai prinsip sebagai sebuah oarti Islam yang menolak seorang wanita menjadi Menteri Besar.

Pemilik akaun facebook yang bernama Mohd Yaacob Noor Ahmad juga meluahkan perasaan kecewa apabila PAS Selangor mengambil sikap tidak membantah cadangan pelantikan PKR untuk meletakkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Memang sebelum ni PAS ada mengatakan bahawa mereka menolak jika seorang wanita hendak dilantik sebagai Menteri Besar namun PAS Selangor dilihat mengambil sikap mendiamkan diri dan tiada langsung kenyataan bahawa mereka menolak keinginan Anwar Ibrahim untuk meletakkan isteri beliau sebagai Menteri Besar.

Apakah PAS kini sudah seperti kerbau dicucuk hidung yang menunggu masa untuk dibawa ke padang ragut atau menunggu masa untuk disembelih oleh PR Selangor?

PAS seperti menidakkan kemampuan mereka untuk bersuara sedangkan mereka kini mempunyai kuasa 15 kerusi dalam sidang DUN dan membolehkan mereka bersuara dengan lantang menolak cadangan dari Anwar Ibrahim.

Ahli ahli PAS sepatutnya sedar bahawa mereka kini berada dalam sebuah parti yang agak lebih risau tentang jawatan dan tidak mempedulikan lagi erti perjuangan asal mereka selama ini.

Apa akan jadi dengan nasib PAS sekiranya mereka masih lagi mengikut telunjuk Anwar Ibrahim yang selama ini secara terang terangan seolah olah menidakkan PAS berada dalam pakatan mereka?

Ahli ahli PAS juga perlu berfikir bahawa jika mereka meneruskan niat Anwar Ibrahim, maka mereka kini sebenarnya sedang menandatangani perjanjian bahawa mereka akan terus dijadikan keldai tunggangan DAP dan PKR.



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

al halal kulluhu bil fas, wal haram kulluhu bil umno.

Tanpa Nama berkata...

PAS the Yankee Jihadists, Baru tau ke ? PAS sejak kawan dgn "THe Jesuit" n "Sodmizer" ni dah amalkan konsep "Bahalol Saya Sih". Muahahaha