Jumaat, 1 Ogos 2014

ADUN TAMAN MEDAN CUBA LARI DARI MASALAH !!! INI STANDARD ADUN PR !!! #sampah

Baru baru ni Sangkakala ada dedahkan tentang satu cerita berkenaan dengan sampah yang berlonggokan tidak di selenggara dengan baik oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Baca DISINI.....

Isu isu sebegini sepatutnya diambil berat oleh ADUN kawasan Taman Medan demi untuk menjaga kebersihan dan keselesaan rakyat, tapi apa yang berlaku ialah, ADUN Taman Medan mengatakan Sangkakala fitanh dan lebih menggelikan hati apabila ADUN dari PKR ini mengaitkan UMNO yang kononnya dah takde isu nak diketengahkan.


Tak payah nak kaitkan dengan UMNO untuk menyelamatkan diri le Yang Berhormat, sebab isu sama juga yang digunapakai oleh PR semasa menjadi pembangkang dan kononnya masalah sampah tidak akan berlaku lagi di kawasan YB dan negeri Selangor tapI kini apa yang dah jadi? Lepas tu kata UMNO fitnah?

Bulan Jun yang lalu, ada penduduk yang dah mengadu tetapi sampai le bulan Julai dan Sangkakala masukkan permasaalahan ini dalam laman blog Sangkakala masalah tersebut masih tidak diambil peduli, adakah YB selaku ADUN turun padang bagi menyelesaikan masalah penduduk atau sibuk berpolitik ceramah sana sini 24 jam sehari?


Macam yang Sangkakala katakan dalam artikel yang lepas, takkan Yang Berhormat tidak mempunyai pegawai pegawai atau orang orang kepercayaan bagi memantau permasaalahan yang berlaku di sekitar kawasan Taman Medan?

Kalau nak disalahkan MBPJ pula, setahu Sangkalala Yang Berhormat ada meletakkan Ahli Majlis Bandaraya Petaling bagi memantau setiap kerja kerja yang dilaksanakan atau adakah mereka ini hanya menjadi pemerhati bagi projek projek yang akan dilaksanakan bagi mencari dana untuk pergerakan YB?

Ni ada satu lagi jawapan daripada Yang Berhormat Taman Medan yang mengatakan bahawa rakyat juga berperanan bagi melaporkan pesalah pesalah yang membuang sampah secara haram.

Masa nak jadi YB dulu takde pulak ayat ni keluar, yang ada ialah, Yang Berhormat akan berkhidmat untuk rakyat dalam segala hal, bila dah jadi YB lain pulak ayat yang keluar?


Dalam printscreen yang pertama diatas ada juga ditulis oleh YB Haniza Talha mengatakan bahawa akan memasang cctv bagi mengesan mereka mereka yang membuang sampah secara haram.

Persoalannya YB, kenapa bila Sangkakala dedahkan hal ni baru tindakan nak diambil? Selama ni YB pegi mana? Takde dalam kawasan ke? Atau duduk dirumah melayan makan anak dan suami? Hingga permasaalahan rakyat dibiarkan begitu sahaja tanpa tindakan.

Kena ingat YB, pegi periksa apa Ahli Majlis yang YB lantik dan letakkan di MBPJ tu buat, jangan ambil jalan mudah nak selesaikan masalah dengan mengatakan itu fitnah dan ini fitnah, kalau fitnah benda yang takde bukti YB, dan hari ni Sangkakala dah letakkan bukti rungutan daripada penduduk dalam video diatas.

Masa zaman Barisan Nasional memerintah dulu permasalahan takde la teruk sampai macam ni sekali, walaupun ada orang yang membuang sampah secara haram, tapi MBPJ masih lagi melakukan pembersihan dikawasan kawasan terbabit sebab apa? Sebab adanya pemantauan daripada pemimpin Barisan Nasional di kawasan tersebut.

Tapi YB yang menjawat jawatan YB pulak memberikan alasan jumud untuk melarikan diri dari masalah yang dihadapi oleh rakyat, kalau semua ADUN PR macam YB ni rasanya nak berjalan di negeri Selangor, penduduk kena mengelak sampah dari bertaburan di setiap inci negeri Selangor.



Tiada ulasan: