Memaparkan catatan dengan label #FAM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #FAM. Papar semua catatan

Rabu, 6 Ogos 2014

@rizalhashim801 KENAPA NAK MARAH BLOGGER YANG BERCAKAP TENTANG SUKAN ?? #FAM

Nampaknya penulis laman blog tentang aktiviti sukan tanah air marah dengan beberapa blogger yang mengkritik beliau apabila beliau mempertikai keputusan FAM melantik Norza Zakaria sebagai Bendahari baru dalam persatuan tersebut.

Tapi walau bagaimana pun nampaknya Rizal dah mula mengatakan bahawa Presiden FAM bagus dalam komunikasi dengan penggiat atau pelapor media.

Dalam blog Rizal ada mengatakan bahawa Tengku Abdullah menyayakan bahawa perlantikan Norza adalah disebabkan beberapa saranan dan oleh itu Baginda mengambil keputusan melantik Norza.

Jadi disini Sangkalala lihat Tengku Abdullah memang telah membuat saru keputusan tepat dengan melantik Norza setelah beberapa saranan dibuat atas perlantikan tersebut dan Sangkakala percaya bahawa Tengku Abdullah bijak dalam membuat penilaian.

Cuma sebelum ni Sangkakala lihat ada beberapanorang Johorian yang begitu beriya iya mengatakan bahawa Norza tidak layak dan daripada belasa ribu pengijut Rizal hanya dua tiga orang ni sahaja yang seolah olah mengikut beliau dalam mengkritik perlantikan tersebut.

Walau bagaimana pun Sangkakala agak suka apabila Rizal meminta maaf melalui laman blog beliau kerana telah mengkritik perlantikan Norza sebagai Bendahari FAM yang baru.



Isnin, 4 Ogos 2014

@rizalhashim801 PERLU MOHON MAAF DARIPADA TENGKU ABDULLAH DAN NORZA ZAKARIA #FAM

Nampaknya juri antarabangsa FIFA 4izal Hashim yang juga seorang penulis sukan di Malaymail dan Berita Harian perlu memohon maaf kepada DYTM Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah yang merupakan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia ekoran pertikaian perlantikan Dato' Norza Zakaria sebagai Bendahari FAM yang baru.


Sebagai seorang penulis dan juri profesional, tindakan Rizal mempertikai keputusan Presiden FAM yang melantik Norza nampaknya agak keterlaluan.

Jawapan beliau dalam laman sosial seorang penggiat media melalui akaun facebook jelas menunjukkan bahawa Rizal seolah olah tenggelam punca sebab apa beliau tidak berpuas hati dengan perlantikan Norza sebagai Bendahari Persatuan tersebut.

Setelah diasak dalam media sosial, nampaknya Rizal mula mengalihkan pandangan dengan mengatakan bahawa Norza adalah seorang ahli politik dan apa yang beliau maksudkan ialah perlantikan jawatan Bendahari itu perlu dibuat keatas akauntan bebas dan beliau juga mengaitkan Sangkalala dan bebetapa rakan lain sebagai blogger upahan UMNO untuk menyerang beliau.


Kenapa sampai nak kait blogger UMNO segala bagai ni? Dah macam Anwar Ibrahim pulak perangai si Rizal, bila diserang mula mengatakan bahawa yang menyerang ni blogger upahan UMNO dan macam macam lain.

Untuk maklumat Rizal Hashim, kami memang penulis blog politik tapi tak semestinya kami tak boleh menulis pasal sukan, lagi pun sekarang ni kisahnya pengurusan dalam persatuan dan apa masalah pulak sampai ke politik dengan mengatakan bahawa kami tak buat homework dan sebagainya, kami juga meniliti apa kelayakan Norza hingga dilantik sebagai Bendahari FAM dan ternyata kelayakan beliau adalah memadai.


Nampaknya Rizal bukanlah profesional seperti yang diharapkan apabila beliau sendiri tidak dapat membezakan pengurusan persatuan dengan pengurusan kumpulan dan ini yang Sangkakala nampak bahawa beliau sendiri tidak begitu layak untuk menjadi penulis sukan.


Kenapa Sangkakala mengatakan Rizal tak profesional? Sebab komen beliau dalam facebook yang mempertikai apa peranan Norza membentuk Datuk Lee Chong Wei.

Dalam kenyataan diatas, Rizal mengatakan bahawa tugas seorang bendahari bukan hanya setakat mengawal cash flow malah perlu menguruskan portfolio kewangan serta pelaburan dan daripada apa yang Sangkakala faham maksud beliau ialah, Bendahari tidak ada kena mengena dengan pembentukan pemain kerana setiap pasukan kesukanan sudah pasti ada penguris dan jurulatih, jadi adalah menjadi tugas mereka untuk mengenal pasti potensi sesorang ahli sukan untuk diserap dalam pasukan.

Jika beliau mempertikai bahawa Norza mempunyai dua jawatan dalam bidang sukan di Malaysia, beliau perlu juga melihat bahawa ada juga Menteri yang menjawat jawatan lebih dari satu dan jika beliau cuba nak mengatakan bahawa ahli politik seolah olah tidak layak menjadi salah seorang dalam pengurusan maka jawapan berkenaan amatlah tidak relevan dan tidak mempunyai asas sama sekali.



Seperti kata Yuseri Yusof, Tan Sri Anuar Musa merupakan seorang ahli politik dan beliau berjaya membawa pasukan The Red Warrior ke satu tahap yang tinggi hingga disegani dan adakah dakwaan bahawa ahli politik tidak sesuai sepertimana yang dikatakan oleh Rizal Hashim sesuai?

Keputusan untuk meletakkan sesiapa juga sebagai Bendahari adalah dibawah kuasa mutlak Presiden dan untuk makluman saudara Rizal, Presiden FAM dipilih melalui pertandingan dan presiden berhak untuk memilih siapa sahaja dan Sangkakala amat yakin dan percaya bahawa Tengku Mahkota Pahang telah melihat kemampuan Norza untuk menyandang jawatan dan kemampuan Norza untuk menguruskan kewangan serta segala aset milik FAM disamping mencari penaja penaja baru untuk persatuan memandangkan beliau juga berpengalaman dan mempunyai pengaruh kuat dalam perniagaan.

Jadi apa lagi Rizal Hashim mau? Atau mungkin dengan meletakkan beliau sebagai Bendahari atau apa apa hawatan dalam FAM baru puas hati.

Jadi disini Sangkakala nasihatkan Rizal supaya memohon maaf kepada Presiden FAM dan juga Norza diatas keterlanjuran beliau mempertikai keputusan tersebut.


SIAPA @rizalhashim801 NAK PERTIKAI PERLANTIKAN NORZA SEBAGAI BENDAHARI #FAM ???

Rupanya yang pertikai perlantikan Dato Norza Zakaria sebagai Bendahari FAM yang baru ni juri antarabangsa FIFA.



Agaknya Rizal Hashim terlupa diantara pengurusan dengan perlawanan adalah dua perkara yang berlainan sampai nak pertikai perlantikan Norza sebagai Bendahari FAM yang baru.

Dah jadi juri tu buat je lah kerja juri tak payah sampai nak pertikai perlantikan dalam pengurusan dan rasanya adalah lebih baik jika juri antarabangsa ni meningkatkan prestasi beliau sebagai juri sampaI ke peringkat boleh mengadili perlawanan bolasepak piala dunia dan biarkan pengurusan buat kerja kerja untuk menguruskan pasukan bola sepak negara.

Sebagai seorang juri, tak semestinya Rizal Hashim mampu untuk mengemudi pengurusan persatuan bola sepak Malaysia dan kalau nak dipertikai tentang perlawanan rasanya jurulatih dan pengurus pasukan yang perlu dipertanggungjawabkan.

Sangkakala disini nak bagi tau pada Rizal Hashim bahawa Norza mempunyai kekuatan untuk mencari sunber kewangan bagi pasukan bola sepak Malaysia dan itu adalah amanah yang dipertanggungjawabkan kepada beliau setelah menjawat jawatan tersebut.

Tidak ada masalah langsung yang Sangkakala nampak sampai juri nak pertikai bendahari sebab yang membawa kepada kemenangan seperti yang Sangkalala katakan tadi ialah jurulatih serta pengurus pasukan dan bukannya bendahari atau pengurusan dan dua perkara ini rasanya Rizal perlu faham dan kalau tak faham, bawa bawa bertanya dengan orang yang lebih memahami.

Seperti yang ditulis dalam laman twitter milik Rizal bahawa perlantikan jangan melibatkan politikus, politikus yang macam mana dia maksudkan ni? Adakah Norza menjawat jawatan menteri atau sebagainya dan dari apa yang Sangkakala nampak dan seperti yang Sangkakala tulis dalam artikel sebelum ini, kelayakan Norza sebagai Akauntan rasanya memadai untuk beliau menjawat jawatan tersebut dan kawayan dalam ISN atau BAM bukanlah sebagai kayu pengukur untuk menidakkan beliau dilantik sebagai bendahari.

Setahu Sangkakala juga, perlantikan Bendahari adalah kuasa Presiden FAM dan itu adalah hak Presiden untuk melantik sesiapa sahaja menjadi pegawai dalam persatuan dan rasanya tak perlulah nak pertikai lebih sangat.

Setuju atau tidak, itu tak perlu disebut dan apa yang penting ialah, jalankan tanggungjawab masing masing, pengurusan biarlah dengan cara pengurusan.

Bak seperti kata kata dialog yang disebut oleh Singh pengawal dalam filem Seniman Bujang Lapok arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramli "lu punya nasib lu makan..dia punya nasib dia makan".



Ahad, 3 Ogos 2014

#FAM NORZA ZAKARIA DI PERTIKAI KERANA MENJAWAT JAWATAN BENDAHARI

Hairan juga Sangkakala dengan kerenah bebetapa orang pengguna laman media sosial yang asyik nak mempertikai perlantikan seseorang menjawat jawatan.

Semalam Dato' Norza Zakaria telah dilantik sebagai bendahari Persatuan Bola Sepak Malaysia atau FAM dan bermulalah episod hentaman dari beberapa orang yang mungkin atau memang tidak berpuas hati dengan beliau.





Apa masalah kalau Norza dilantik sebagai Bendahari FAM? Beliau juga rasanya berpengalaman dalam bidang sukan dan kini menjawat jawatan sebagai Pengerusi Institut Sukan Negara dan Timbalan Presiden BAM atau Persekutuan Badminton Malaysia, jadi kalau dalam kesukanan rasanya beliau cukup berpengalaman jadi apa masalahnya?

Dibawah pula Sangkakala masukkan serba sedikit tentang Norza yang Sangkakala rasa layak menjawat jawatan tersebut kerana beliau merupakan seorang akauntan bertauliah dan profesional dan kelayakan ini sudah pasti membolehkan beliau memegang serta menjalankan tanggungjawab dengan lebih sempurna.

Sebagai seorang akauntan bertauliah, Dato' Norza memulakan kerjayanya dengan Arthur Andersen & Co., dan telah memegang jawatan di peringkat pengurusan, eksekutif dan pengurusan atasan di Bank Negara Malaysia, Petronas, SPK Sentosa, Mun Loong Berhad dan Gabungan Strategik Sdn Bhd.

Dato' Norza juga merupakan ahli lembaga pengarah kepada beberapa syarikat awam di Malaysia yang berprofil tinggi serta merupakan Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif bagi syarikat Citaglobal Sdn Bhd yang ditubuhkannya pada tahun 2008 yang mempunyai pegangan dalam pelbagai aktiviti perniagaan antaranya bidang kejuruteraan, hospitaliti, pengangkutan dan media teknologi.

Kini, beliau menganggotai Lembaga Pengarah Bintulu Port Holdings Berhad, [4]TH Heavy Engineering Berhad, Pelikan International Corporation Berhad, Bintulu Port Sdn Bhd, THHE Fabricators Sdn Bhd, Berlian McDermott Sdn Bhd dan Samalaju Industrial Port Sdn Bhd. [5]Beliau juga pernah memegang jawatan yang sama dalam Lembaga Urusan Tabung Haji, Institut Terjemahan Negara Malaysia (sekarang Institut Terjemahan dan Buku Malaysia) dan PT XL Axiata Tbk (yang dahulunya dikenali sebagai PT Excelcomindo Pratama Tbk).

Baca lagi tentang Norza DISINI....

Jadi kepada yang asyik nak menghentam tu agak agak le sikit, mungkin bagi mereka ni perlantikan ni hanya akan kena pada tempatnya jika mereka yang dilantik, kalau orang lain yang diletakkan semua tak kena semua tak betul.

Kalau nak menghentam pun cari alasan kukuh dan bagi Sangkakala kalau Norza hanya mempunyai pengalaman sebagai kerani penghantar di pejabat daerah mungkin juga la Sangkakala akan bersetuju dengan kritikan yang dibuat oleh mereka mereka yang Sangkakala senaraikan dalam gambar di atas tadi.