Rabu, 20 Ogos 2014

DESAK @NajibRazak LETAK JAWATAN ??? PAS LUPA NAK CERMIN DIRI

Agaknya Naib Presiden PAS ni lupa dia bercakap atas dasar apa atau dia dah menepuk air didulang hingga terpercik ke muka sendiri.


Tian Ibrahim Tuan Man berkata dalam portal Harakahdaily bahawa Tun Dr Mahathir, Mantan Perdana Menteri perlu mendesak YAB Datuk Seri Najib untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ekoran dari kritikan yang dilakukan oleh Tun Mahathir keatas Perdana Menteri.

Yang lebih menggelikan hati Sangkakala apabila Tuan Ibrahim mengatakan bahawa sudah sampai masanya Tun Mahathir meminta supaya rakyat memberi peluang kepada PAS atau PR untuk memerintah negara.

Standard apa Naib Presiden PAS ni sampai boleh kata macam tu? Apakah dia dah lupa tak berapa hari yang lepas PAS sendiri menunjukkan sikap mereka sebenarnya dalam isu perebutan jawatan Menteri Besar di Selangor?

Orang yang dilihat oleh rakyat Selangor sebagai Menteri Besar yang bagus terus dilucutkan keahliannya sebagai ahli oarti dan PAS yang pada mulanya menyokong Menteri Besar tersebut telah membuat pusingan U dengan tidak pula menyokong.

Sepatutnya Tuan Ibrahim meminta supaya Hadi Awang melepaskan jawatan ekoran hanya 10 daripada 37 orang AJK PAS pusat yang bersetuju dengan cadangan Presiden parti tersebut supaya mengekalkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Setiap kali bertukarnya Perdana Menteri, setiap kali jugalah PAS dan parti Pembangkang yang lain akan meminta supaya mereka turun dan Tun Mahathir juga tidak terlepas dengan perkara ini.

Seperti yang kita semua ketahui, baru baru ini Tun Mahathir memberikan teguran terhadap Datuk Seri Najib Razak dan mengatakan bahawa beliau (Tun M) menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri.

Teguran tersebut dibuat oleh Tun Mahathir kepada Perdana Menteri yang kononnya mempunyai dasar kepimpinan yang lebih teruk dari bekas Perdana Menteri sebelumnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Bagi Sangkakala tidak menjadi kesalahan untuk Tun Mahathir membuat kritikan tapi cara menyampaikan kritikan tersebut seolah olah Tun Mahathir hanyalah rakyat biasa yang tidak pernah memegang apa apa jawatan dalam pentadbiran kerajaan sebelum ini.

Bagi Sangkakala, Tun Mahathir mempunyai laluan mudah untuk bertemu atau berhubung terus dengan Perdana Menteri jadi tak perlulah beliau menulis dalam laman blog untuk menegur.

Kita juga perlu ingat bahawa, Tun Mahathir juga pernah di kritik oleh kepimpinan sebelum beliau diawal zaman pemerintahan beliau dulu dan ini diteruskan pula dizaman Najib Razak.

Ekoran dari perkara tersebut, maka ramailah pemimpin pembangkang mula bersuara dengan mengatakan bahawa Tun Mahathir tidak sebulu lagi dengan Najib Razak selaku Perdana Menteri dan pelbagai cerita dalam versi yang bermacam macam dikeluarkan hingga ada yang mengatakan bahawa Tun Mahathir telah meminta Perdana Menteri untuk melepaskan jawatan.

Tapi semua terkedu seketika apabila Tun Mahathir bertindak menafikan bahawa beliau meminta Perdana Menteri untuk melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Berbalik kepada cerita PAS tadi, adakah Presiden PAS kini masih lagi layak memegang jawatan sebagai Presiden parti apabila tidak mendapat sokongan dari Ahli Jawatan Kuasa beliau sendiri?

Adakah PAS atau PR layak memerintah negara sedangkan baru memerintah negeri Selangor tak sampai 2 penggal, keadaan di Selangor sudah mula berantakan dan ternyata PAS tidak mempunyai kekuatan dalam menentukan keputusan sendiri apabila anasir anasir Anwarinas kini menular dengan hebat seumpama sel kanser yang mengganas didalam PAS itu sendiri?

Tuan Ibrahim perlu mencermin diri terlebih dahulu dan cuba periksa di mana kelemahan PAS hingga berlakunya krisis yang hebat di Selangor yang mana keputusan Majlis Syura yang selama ini membuat keputusan bagi pihak PAS kini dipinggirkan dan tidak lagi digunapakai.




5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tuan Man ni ibarat kata pepatah..
"LEBIH SUDU DARI KUAH"..kalau setakat menjadi pencacai berok ANU WAR tak payah lah masuk campur rumah tangga orang lain..RUMAH PUSAKA TUAN MAN sekarang yang berkongsi dengan KAFIR DAP pun tak terkawal nak sebok rumah orang lain..sedarlah diri tu TUAN MAN oiiiiii..

Tanpa Nama berkata...

Die to spe senang2 nk dto sri najib letak jawatan...parti sendiri pn da x tentu arah..de hati nk PR n PAS jd pemimpin..erm jgn mimpi la..selesai kn dulu hal yg da sedia de to..jangan nk menambah kn lg masalah..

Tanpa Nama berkata...

Geli geleman bulu ketiak aku apabila ada suara suara parti yang takde pendirian mula bersuara,Nak mempertahankan parti pun tak berdaya ,ada hati nak mempertahan kan negara, kalau parti kau boleh sergah pati DAP ,baru boleh sebut nak mentadbir negara , TOLONG SEDAR DIRI

Tanpa Nama berkata...

Tergelak gila dengar... nak pertahankan diri dari diliwat DAPig dan PKR pun tak mampu ada hati nak mentadbir negara... jangan munafiklah weh... baik suruh je Haji Hadi letak jawatan, suaranya dah tak laku... muhasabah dirilah...

Tanpa Nama berkata...

Apahal nak kecoh. Patutnya fokuslah hal ehwal rakyat kelantan tu sendiri, kan lagi faedah.